Friday, August 5, 2011

Err, pakcik tak nak tumpangkan saya ke?

Khamis 4 Ogos 2011



Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi, kendengaran azan subuh berkumandang di masjid berhampiran. Tanpa melengahkan masa aku dengan semangatnya berjalan kaki ke masjid tersebut. Untuk sampai ke masjid tersebut, ada laluan singkat atau orang panggil shortcut untuk ke sana. So, aku memang menggunakan laluan itu. Untuk dijadikan cerita, laluan itu memang tak berlampu, dan bila malam amat gelap, bila siang, amat cerah. Di situ juga terdapat kawasan pembinaan sekolah agama yang terbengkalai sejak aku masih darjah enam lagi. Kawasan itu berpasir dan berbatu dan agak sunyi, dan boleh juga kedengaran tapak kaki sesiapa yang melaluinya.

Sedang aku berjalan di laluan itu, aku terdengar bunyi

Krikk, krikk, krikk, krikk

Lalu aku toleh ke belakang dan tiada apa2 yang terlihat kecuali gelap gelita di pagi hari. Bunyi tersebut makin dekat dan makin lama makin hampir, lantas aku memandang ke sebelah, kelihatan sebuah motor yang tidak berlampu melintasi aku.  Kelihatan motor itu ditunggang pak cik tua berserban yang juga ingin ke masjid.

Padahal dalam hati...toksah cakap la..Hahaha...


Jumaat 5 Ogos 2011

Seperti semalam juga selepas sahur, aku berjalan kaki untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Disebabkan malas nak lalu jalan jauh, ikut jela shortcut yang gelap tu. Berbekalkan iman dan kekuatan yang ada, aku melalui laluan itu. Sedang berjalan hampir separuh perjalanan, kendengaran bunyi seperti semalam

Krikk, krikk, krikk, krikk

Aku pun toleh ke belakang, kelihatan pak cik tua semalam tapi lampu motornya sudah menyala, jadi aku dapatlah melihat kelibatnya, maklumlah aku ni walaupun bermata empat, kadang2 xnampak juga seperti semalam bila dah gelap gelita. So, aku beranggapan pakcik tu nampak aku la, sebab kami menuju destinasi yang sama, dan perjalanan pun masih agak jauh. Aku sambil berjalan mengharap akan pakcik tu berhenti kat sebelah aku untuk tumpangkan aku, yela, semalam mungkin xnampak sebab xde lampu motor beliau. Aku dengan over confident nya memperlahankan langkahan kaki aku dengan seribu harapan agar ditumpangkan. Malang sekali, pakcik itu menonong dengan motornya tanpa melihat kiri kanan. Dan aku menjadi blurr seketika dan terasa nak jerit kat situ...

PAK CIK!! TAK NAK TUMPANGKAN SAYA KE???

Jerit dalam hati la...



Apa yang dapat disimpulkan di sini janganlah kita terlalu mengharap pemberian orang, dan lebih baik untuk kita sendiri yang memberi apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Selamat berpuasa.

1 komen:

Unknown said...

hahaha sian am.. x pe jalan g msjd lagi byk pahale taw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...