Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Cuci Upin & Ipin The Musical

Assalamualaikum...


Jom tengok...:D

Cuci the Musical kembali lagi ke Istana Budaya buat kali yang ketiga sejak tahun 2009. Tetapi kali ini dikenali dengan Cuci the Musical Last Kopek. Apa yang best sangat dengan cerita ni? Dari segi jalan cerita atau pun pelakon yang menjayakan teater ini? Bagi aku, baik pelakon mahupun jalan cerita, kedua-duanya sangat menarik berdasarkan apa yang aku tengok versi filem la. Aku secara jujurnya belum tengok lagi teater ni sebenarnya dan teringin gak nak tengok. Tiga kali datang ke Istana Budaya buat pementasan, pasti teater ni ada tarikan yang tersendiri. Bila ada permintaan mestilah ada penawaran kan? Mungkin sebab itu teater ni datang lagi buat pementasan kat Istana Budaya.


Sekitar Cuci the Musical 2


Selain Cuci the Musical, satu lagi teater yang aku nak promote ialah teater Upin & Ipin The Musical. Ok, selama ni layan cerita upin ipin ini dalam bentuk animasi. Cuba bayangkan cerita upin ipin ni dijadikan pementasan teater. Mesti menarik kan? Nah, ni dia poster Upin & Ipin The Musical


Betul betul betul

Aku sendiri tertanya gak, macam mana diorang nak cari pelakon nak melakonkan watak upin ipin ini. Yela, nak mencari kanak2 kembar kepala botak ni mesti satu kerja yang rumit. Tapi persoalan aku terjawab bila aku melihat gambar ni...


Tu dia Upin Ipin versi manusia...

Mana la pengarah teater ni jumpa dak2 ni ye, ke aku yang  tak tahu memang wujud upin dan ipin ni di dunia realiti? Ha, itu yang kita tak tahu ye. Aku rasa sangat berbaloi kalau nak tengok kedua-dua cerita ni sebab bila lagi kan nak ada, cuci the musical ni pun dah last kopek. So, jom datang Istana Budaya pada...

Cuci the Musical Last Kopek : 23 Februari - 11 Mac 2012
Upin & Ipin The Musical        : 14 April - 6 Mei 2012

Kalau nak beli tiket, klik sini


"Aku rasa aku tulis"






Thursday, October 13, 2011

Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

Orang Johor,
Kurang ajarnya tetap santun
Lembutnya cukup jantan
Dajalnya masih selamba
Nakalnya bersulam jenaka

Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak




USMAN AWANG dalam kenangan...



Tuesday, July 26, 2011

Memang tak ada lelaki seperti aku

Assalamualaikum

alif satar

Memang tak ada lelaki seperti aku, tapi yang lebih baik, banyak, hahaha
Ayat ini diambil dari lirik lagu Alif Satar yang terbaru iaitu Lelaki Seperti Aku.
Aku bukanlah die hard fans mamat ni, tapi dengar lagu2 dye agak kelakar la contoh macam lagu Jangan Nakal.

Oh oh please please please, kamu jangan nakal.

Serius kelakar dengar lagu ni, tapi lagu baru dia ni Lelaki Seperti Aku entah macam mana sedap lak didengar oleh telinga aku ni. Aku cari kat Youtube, 4shared, Google, x jumpa lak, amat menghampakan aku ye. Mungkin sebab cara dia menyanyikan atau membaca lirik lagu ni yang lain dari yang lain aku rasa. Yela, intonasi dan cara sebutan lirik2 lagu ni memang menarik telinga la untuk dengar. Kalau x percaya, boleh je nak dengar kat Hot Fm ke atau mana2 stesen radio lain, tapi Klasik Nasional konfem xde la, tunggu 40 tahun lagi.


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak


Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak


Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak


Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu


Sampai part ni jela aku minat dengar, lepas tu cam kelakar lak. :)


lelaki seperti aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...