Showing posts with label kopi n pasta. Show all posts
Showing posts with label kopi n pasta. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Nak tahu cara tentukan kiblat guna google earth??

Assalamualaikum...


bila la dapat aku ke sana?

Ok, hari ni aku akan kongsi satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian iaitu kiblat.
Semua orang pasti tahu kiblat kita ialah Kaabah.
Jadi tanpa tahu arah kiblat, macam mana kita nak solat kan? so, entry kali ni khas untuk sesiapa yang ragu2 akan kiblat di bilik, hostel mahupun rumah.
Tapi orang cakap guna kompas pun boleh.
Boleh, tiada masalah selagi tahu bagaimana nak guna, jadi apa yang aku nak bagitahu hari ini ialah cara menentukan kiblat menggunakan google earth.
#bukan google maps dan bukan jua google translate...hehe..

Pada mulanya aku ditegur oleh jiran searas dengan aku tentang arah kiblat di bilik aku, sebab masa tu dia datang menziarahi, dia cakap arah kiblat dia dengan bilik aku lain dari bilik dia sebab roomate dia ada ukur kiblat. Dia cakap degree kiblat bilik aku tak sama dengan bilik dia sebab kita setempat je.
So, bagi mengelakkan rasa was2.
Nak ukur pakai kompas, tak pandai baca.
Aku pun google la mencari solusi.
dan aku jumpa video ini.................
 



Video ni sangat berguna dan aku sendiri nak ucap terima kasih la kat empunya video ni. Mudah-mudahan perkongsian ini membantu kita dalam melaksanakan amal ibadah.
Selamat mencuba!!

Sumber video: kak lily

Thursday, October 13, 2011

Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

Orang Johor,
Kurang ajarnya tetap santun
Lembutnya cukup jantan
Dajalnya masih selamba
Nakalnya bersulam jenaka

Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak




USMAN AWANG dalam kenangan...



Monday, August 22, 2011

Misteri bilik ICU

 Assalamualaikum

gambar hiasan

Cerita ni berdasarkan cerita rakan yang bekerja di sana. Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan Kak Leha, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Kak Leha adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, Kak Leha akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….


ni kot katilnya

kredit to uptomu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...