Showing posts with label Mukabuku. Show all posts
Showing posts with label Mukabuku. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

kena marah

Assalamualaikum...

Berada di tahun dua kat universiti ni aku ingat dah jadi senior boleh la nak elak2 apa2 program kan, yela, dulu masa 1st year takut kena marah dengan senior2 sebab tak join program, tak aktif la, tak bagi komitmen la. Aku rasa kalau ada anugerah ponteng sifar datang meeting, aku boleh dapat anugerah tu. =.='

Ok, berbalik pada tajuk entry ni, aku nak story pasal aku kena marah dengan senior2.
Erk, dah jadi senior pun kena marah.
Kena marah dengan super senior lebih tepat dan lebih spesifik senior kos aku.

Mulanya macam ni, aku adalah pemudahcara (PC) atau bahasa omputih dia fasililator untuk membantu budak2 1st year yang masuk tahun ni. Tapi tahun ni berbeza dengan tahun2 sebelumnya, orientasi dijalankan selama sebulan dan bukan seminggu. Jadi nak dijadikan cerita, Kelab Perakaunan UKM telah buat hari interaksi untuk budak2 baru yang ambil Perakaunan ( Perakaunan di UKM ditawarkan pada tahun dua sahaja ). Termasuklah aku kan.
So, aku memang malas nak pergi sebenarnya interaksi2 ni sebab:

-aku malas nak terlibat apa2 lagi lepas jadi PC ( aku nak belajar, ;) )
-fakulti aku jauh kena naik bus ( kau bukan ad moto ke? =.=' )
-hari sabtu pulak tu, pastu 8 pagi ( aku nak rehat di hujung minggu, :p )
-hari tu aku nak keluar pergi Melaka, ada kerja kahwin ( Alasan ni boleh diterima :D )

Yela, member aku dari awal sem dah jemput, asal jumpa aku je ingatkan aku, so aku pun macam xsedap kalau tak pergi. Yang pasal interaksi ni pun aku tahu bila dah dekat tarikh dia, memang x la nak pergi. Dan ramai lak tu tak pergi. Napela dorang x pergi?? =.='

Seminggu lepas tu, aku terbaca satu post kat group facebook kos aku, ha ini dia...

ok, aku ada kelas

member aku komen

senior reply khas untuk semua dak tahun dua

Aku komen, aku cakap aku ad kelas, hari khamis boleh la datang


senior komen

senior gak komen

Em, pendapat aku la, kalau dapat pelepasan pun, kuliah tetap berjalan dan aku tertinggal kuliah. Mana lagi penting??

Kepada senior2 yang disayangi, please put urself in others shoes. Peace...:)

Saturday, October 22, 2011

Stesen Minyak ke Warung minyak?

Assalamualaikum

Terjumpa gambar ni di facebook. Konfius sebentar ni stesen ke warung minyak. Stesen minyak ni di Jenjarom, Banting, Selangor. Nak pergi tengok depan mata, boleh la ke sana...


warung minyak


Lama tak update blog, aku serius kekeringan idea nak update. Ok, stay tuned 4 da next entry...

Tuesday, July 26, 2011

Nenek Aku Pun Tak Percaya

Assalamualaikum

nenek pun gelak korang percaye

Apa yang aku nak story dalam entry kali ni ialah pasal event2 kat Facebook. Korang pernah kena invite tak apa2 event? Mesti pernah kan. Ada tak orang yang invite korang event2 macam The first 500,000 participants will get an iPhone 4 for free? Korang percaya tak?


budak sekolah bole la tipu

Atau pun korang dah hilang kewarasan sebab fikiran dah melayang memikirkan akan dapat iPhone 4 percuma? Aku tergelak tengok ramai dak2 universiti bole percaye benda2 ni. Dah masuk universiti kot, takkan tak dapat beza mana tipu mana tidak, budak2 pun ada yang x percaya tau. Ramai dah x waras, ni ha contohnya...


kasihan

Sebenarnya dah banyak event2 mengarut kat Facebook ni, aku cuma menyenaraikan antara2 nya lah. Walhal diorang guna photoshop je pastu letak kat kasut, cap, hood, mug dan macam2 la. Itu pun ada yang percaya boleh dapat barang jenama facebook tu percuma. So, korang boleh tengok ni.


padahal photoshop je

sape nk bg benda free?

Natijahnya, aku rasa disebabkan sikap matearilistik sesetengah individu itu yang menjadi punca mereka2 ni terpedaya dengan benda menipu ni sebab terlalu nak nampak bergaya dengan iPhone 4 sehingga hilang kewarasan akal dengan menyertai event menipu ni. Apa2 pn aku harap pembaca yg sudi baca ni tak lah tergolong dalam orang2 yg percaya benda2 menipu ni. Kalau ye, anda fikirlah sendiri yang mana betul ok. Thanks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...