Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Kerisauan Melanda Diriku

Sejak beberapa hari ni aku jarang dapat menghubungi dia, kadang2 aku mesej pun jarang berbalas. Tapi aku tahu dia bukan sengaja buat begitu, dia pasti sibuk dengan urusan perniagaan dia. Hari tu tak silap aku kelmarin, aku sempat bercakap dan berbalas beberapa mesej menanyakan perihal dia, dia mengadu pada aku yang dia sering sesak nafas tapi dia bilang pada aku usah risau sebab ini perkara biasa. Aku mendengar dia berkata begitu memberikan aku sedikit kelegaan tapi aku tahu kata2 itu hanya sekadar penyedap di hati sahaja agar aku tidak terlalu risau.

Aku pernah juga menyuruh dia untuk bertemu doktor bagi mendapatkan situasi sebenar kesihatan dia, tapi dia enggan dan berkata pada aku, umi kta prkra bese.sy mlas la nk jmp.xpe k0t.jgn rsaw ye. Kalau la aku dan dia berhampiran sudah lama aku membawa dia berjumpa doktor tapi disebabkan jarak aku dan dia yang jauh dan faktor2 halangan yang lain membataskan niat aku. Aku di sini hanya mampu mendoakan kesejahteraan dirinya, semoga dia kembali pulih dan tersenyum seperti hari2 sebelum ini. Hari2 berlalu seperti biasa sehingga petang semalam aku dapat menghubungi dia, mendengar suara dia seperti biasa membuat aku menarik nafas kelegaan. Kerisauan aku terhadap dirinya semakin kurang, dan dia memberitahu aku yang dia sudah semakin baik dan mampu berbual dengan aku di telefon tanpa sebarang masalah. Aku harap perubahan itu berkekalan.

Tetapi pada sebelah malamnya, semasa aku berbalas mesej dengannya, dia memberitahu aku bahawa esok dia ingin ke hospital kerana sudah tidak tahan menahan kesesakan nafas yang melanda dirinya. Setelah itu, dia berkata pada aku Em tahn je la.nk wt cne agy awk. Aku tersentuh bila dia berkata begitu. Harapan aku agar dia kembali sihat dan sentiasa tersenyum selalu seperti hari2 yang lalu. 

Ya Allah, aku bermohon kepada kau agar dia kembali sihat sejahtera seperti sediakala. Dan aku juga berharap semoga dia tidak mengalami apa2 yang serius setelah ke hospital pada pagi ini.


Lagu ini kutujukan khas buat dia...






Tuesday, March 8, 2011

Dia

Semakin hari semakin ku rindu
meniti masa untuk bertemu
membuat aku sering tak menentu
kaulah gadisku...

Kau datang bagai cahaya
sedang aku tertanya-tanya
siapakah dirinya
adakah belum berpunya..?

Mimpi tak selalunya indah
hati juga bisa berubah
membuat mata akan berbasah
andai kita berbalah

Ku harap hatimu jua sepertiku
walaupun ada sedikit ragu
aku percaya dirimu
akan ku tunggu
kerna ku tahu
kau tercipta untukku...


------------------------------------------------------------------------------------
Salam,
Amri Dellan...

Friday, November 12, 2010

Ape aku dah buat!!

Aku x patut setuju dengan permintaan itu
Aku terlalu ikut kata hati
Aku baru sedar
Aku x patut menghulurkan tangan itu
Aku terlalu ikut kata hati
Aku baru tersedar selepas membaca ape yg tertulis di pena mu
Aku sepatutnya bimbing kau
Aku ikut kata hati lagi
Aku lemah

Pasti kau kecewa denganku
Maafkan aku

Aku x nafikan perasaan itu
Memang sudah lame aku pendam
Aku x ingin kau tahu
Aku nak kau fahaminya
Jika benar kau untukku
Aku ingin kenali org tuamu

Tapi itu hanya imaginasi aku terhadap kau
Apakah kau jua berimaginasi seperti aku?

Aku buntu sekarang ini
Memikirkan apa yg kau pkir terhadap aku
Aku keliru
Apakah persepsi kau trhadap aku
Aku takot hadapi kenyataan jika lain kebenarannya
Aku ingin tahu isi hatimu yg sebenarnye kerna itu jwpn kpd persoalan2 aku
agar aku x terus dibelenggu rasa begini....

Saturday, October 23, 2010

Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku

Namun hatiku tetap untukmu

Berjuta pilihan di sisiku

Takkan bisa menggantikanmu


Walau badai menerpa

Cintaku takkan ku lepas

Berikan kesempatan untuk membuktikan

Ku mampu menjadi yang terbaik

Dan masih menjadi yang terbaik


Ku akan menanti

Meski harus penantian panjang

Ku akan tetap setia menunggumu

Ku tahu kau hanya untukku


Biarkan waktuku

Habis oleh penantian ini

Hingga kau percaya betapa besar

Cintaku padamu ku tetap menanti


Meski dirimu bukan milikku

Namun hatiku tetap untukmu

Thursday, October 14, 2010

She's not mine

Milik siapakah gadis ini,
wajah lembut bagaikan sutera,
ingin hatinya ku miliki,
adakah ia sudi......


Tapi malang sekali, ia sudah berpunya. Aku sedar jodoh itu ketentuan Allah tapi setiap kali aku berminat dengan seseorang, mesti sudah berpunya. Aku sedar aku sedang diuji Allah. Aku masih percaya pada ketentuan-Nya.

Rasanya masih terlalu awal untuk aku membicarakan tentang ini, tapi aku hanya sekadar ingin meluahkan apa yang aku rasa selama ni. Pengalaman lalu memang cukup pedih buat aku sehingga rasa serik untuk mengenal insan bernama wanita. Tapi aku tetap percaya, akan kutemu jua insan yang benar2 tercipta untukku...

Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
membuatku terdiam dan terpaku...


Ade satu ayat yang aku pernah post kat facebook tapi sampai sekarang belum jumpa jawapannya,

Perempuan lebih ramai daripada lelaki, tapi kenapa masih ada lelaki yang 'single' seperti aku tapi kalau tanye kat perempuan semua dah ade yang punye...

Maybe tak semua begitu rasanya, jadi aku harus redha akan ketentuan Allah terhadap aku...

P/S: Ayat skema...

Friday, September 3, 2010

It's hard being third party

Dalam perhubungan pastinyer kite mengharapkan kejujuran dan ketulusan hati seseorang itu. Dan pastinyer kite mesti tak suke atau benci lah jika dalam perhubungan tu ade orang ketiga. Tapi, kalau korang jadi orang ketiga macam mane? Mesti korang tak pernah terlintas kat fikiran kan.
Tapi ianya terjadi pada aku.

Tanpa aku sedari rupenyer selame ni aku hanya orang ketiga yang mengacau hubungan orang lain. Tapi jangan salahkan aku sebab aku sendiri pun tak tahu yang dia sudah berpunye kerna dia tak pernah beritahu pun kat aku. Walaupun begitu, secara tiba2 aku pun dapat tau melalui FB. Aku tanye dia kenape tak beritahu selame ni, alasan dia, dia tak nak aku tinggalkan dia sebab dia too in love with me tapi pada mase yang same dia ade orang lain sebelum aku. Camne ea..??

Jadi sekarang ni aku pun tak tahu status aku bagaimana. Aku hanye tunggu dan lihat saje dan aku tak nafikan aku pun too in love with her.
Ape yang harus ku perbuat?
Leave or stay?

Its hard to let you go but its also hard to accept the truth...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...