Dulu masa sekolah masih ingat tak yang kita semua diberi kemudahan menggunakan buku teks secara pinjaman dan percuma. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) kan? Siapa yang beri?
Teringat dulu masa aku kat sekolah rendah, ada Rancangan Makanan Tersusun ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). Siapa yang beri?
Dulu masa sekolah gak bagi pelajar di mana ibu bapanya yang gaji bawah RM1300* akan diberi biasiswa setiap tahun. Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) kan? Siapa yang beri?
Lepas zaman sekolah, dapat masuk matrik. Masa kat matrik dulu semua pelajar dapat elaun sebanyak RM1250 kan? Siapa yang beri?
Kelulusan cemerlang dapat masuk IPTA. Lepas tu dapat biasiswa JPA lak. Tak dapat biasiswa pun masih diberi pinjaman iaitu PTPTN. Siapa yang beri?
La ni, pelajar sekolah sekarang akan diberi satu notebook 1 Malaysia percuma tetapi secara berperingkat. Adik aku baru je dapat. Siapa yang beri?
Masihkah kau ingat,
Masihkah kau ingat...
0 komen:
Post a Comment