Monday, August 22, 2011

Misteri bilik ICU

 Assalamualaikum

gambar hiasan

Cerita ni berdasarkan cerita rakan yang bekerja di sana. Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan Kak Leha, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Kak Leha adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, Kak Leha akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….


ni kot katilnya

kredit to uptomu

Sunday, August 14, 2011

KAD RAYA untuk BLOGGER dari BLOG SEDAR

Assalamualaikum

kacak bergaya

Kali ni aku join segmen blog member sekolah aku sebab dia kata nak bagi kad raya kepada semua yang join segmen dia ni. Lama tak dapat kad raya ni, last dapat pun zaman matrik. So, sesiapa nak kad raya dari abg hensem ni boleh la klik sini atau klik je pic beliau untuk join. Nanti dalam entry tu boleh la cerita pasal baju raya tahun ni warna apa dan apa2 la berkaitan raya. Aku punya warna tema raya tahun ni, tak tahu lagi. Rasa-rasanya hitam kot?

Abg ni suruh gak tag 4 orang rakan dalam entry ni, tapi aku tak tahu macam mana nak buat. Aku tahu tag kat facebook je. Haha. Harap terimalah penyertaan ni.      





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...