Friday, August 27, 2010

PTPTN

Kesedihan mulai melanda diri ini, permohonan aku untuk mendapat tajaan JPA sepanjang pengajian aku di universiti gagal. Hutang universiti masih berbaki RM856++. Kewangan aku sejak2 ni memang teruk, kena pinjam member, duit mak ayah aku masukkan macam tak nampak, duit macam air berlalu di bawa arus.

Jadi aku terpaksa bergantung sepenuhnya kepada PTPTN. Risiko meminjam duit PTPTN ni memang tinggi. Adalah berdosa jika kita x belajar bersungguh-sungguh untuk menjadikan pinjaman ni biasiswa. Ini sebabnya bunga yang akan dibayar untuk menjelaskan PTPTN kelak adalah riba'. Aku dapat info ni pun kat zaharudin.net. So, amatlah berat tanggungjawab yang dipikul peminjam2 PTPTN yang muslim.

Nasihat aku senang, boleh nak pakai duit PT nk beli barang yang korang nak, tapi study kena bagus la. Tapi kalau dah usaha x dapat gak jadi biasiswa, nak buat macam mana kan. Berdoalah kepada Allah moga ditunjukkan jalan penyelesaian.

Akhir kata, aku amat sedih x dapat JPA...huhu..(sabarlah)

Monday, August 23, 2010

Kau hadir dalam hidupku

Kau hadir dalam hidupku
Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan
Yang melingkari hidupku
Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi
Hati yang pernah kau patahkan dulu
Itulah hatiku
Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti…

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku
Yang kecewa denganmu
Aku tak inginkan dirimu lagi
Lihatlah kekosongan hatiku
Tiada lagi tempat dihatiku untukmu
Tapi..
Itu yang ku katakan dulu
Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu

Akhirnya aku mengerti dan pasti
Aku jumpa dengan apa yang aku cari
Seseorang untuk dicintai
Untuk berpaut
Untuk menjadi inspirasiku
Seseorang untuk di belai dan
Untuk ku hargainya dalam hidupku…

Kerana kau telah pergi
Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi
Sampai saat itu
Aku tahu segalanya tentang hidupku
Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri
Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku
Kerana dirimu…
Yang membuat aku tersenyum hari ini..

Dan amat bererti bagiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...