Friday, February 17, 2012

Cuci Upin & Ipin The Musical

Assalamualaikum...


Jom tengok...:D

Cuci the Musical kembali lagi ke Istana Budaya buat kali yang ketiga sejak tahun 2009. Tetapi kali ini dikenali dengan Cuci the Musical Last Kopek. Apa yang best sangat dengan cerita ni? Dari segi jalan cerita atau pun pelakon yang menjayakan teater ini? Bagi aku, baik pelakon mahupun jalan cerita, kedua-duanya sangat menarik berdasarkan apa yang aku tengok versi filem la. Aku secara jujurnya belum tengok lagi teater ni sebenarnya dan teringin gak nak tengok. Tiga kali datang ke Istana Budaya buat pementasan, pasti teater ni ada tarikan yang tersendiri. Bila ada permintaan mestilah ada penawaran kan? Mungkin sebab itu teater ni datang lagi buat pementasan kat Istana Budaya.


Sekitar Cuci the Musical 2


Selain Cuci the Musical, satu lagi teater yang aku nak promote ialah teater Upin & Ipin The Musical. Ok, selama ni layan cerita upin ipin ini dalam bentuk animasi. Cuba bayangkan cerita upin ipin ni dijadikan pementasan teater. Mesti menarik kan? Nah, ni dia poster Upin & Ipin The Musical


Betul betul betul

Aku sendiri tertanya gak, macam mana diorang nak cari pelakon nak melakonkan watak upin ipin ini. Yela, nak mencari kanak2 kembar kepala botak ni mesti satu kerja yang rumit. Tapi persoalan aku terjawab bila aku melihat gambar ni...


Tu dia Upin Ipin versi manusia...

Mana la pengarah teater ni jumpa dak2 ni ye, ke aku yang  tak tahu memang wujud upin dan ipin ni di dunia realiti? Ha, itu yang kita tak tahu ye. Aku rasa sangat berbaloi kalau nak tengok kedua-dua cerita ni sebab bila lagi kan nak ada, cuci the musical ni pun dah last kopek. So, jom datang Istana Budaya pada...

Cuci the Musical Last Kopek : 23 Februari - 11 Mac 2012
Upin & Ipin The Musical        : 14 April - 6 Mei 2012

Kalau nak beli tiket, klik sini


"Aku rasa aku tulis"






6 komen:

..cik gugu.. said...

kau nak p tgk ke ?? mcm syok je upin ipin tu ..

Amri Dellan said...

mungkin, kalau ad masa nk g tgk...:)

SAYA BUKAN SAMDOL said...

nanti singgah tempat aku, dah dekat dah tuu

Amri Dellan said...

tempat kau? mana? UTM kl ea..?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

wahh mcm best je.. :D ada free time leh la kot g tgk

azam said...

jom tgk jom...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...