Friday, February 10, 2012

Hipokritnya Kau!

Assalamualaikum...



Hipokritnya kau?
Bila berbicara tentang hipokrit ini, semua orang salah anggap. Kenapa?
Sebab hipokrit ni macam tak jujur, bukan macam tapi memang pun.
Tapi aku rasa la kan, hipokrit ni perlu pada masa atau keadaan2 tertentu.
Contoh:

Member2 kau kutuk kau kat belakang. Walaupun kau tak tahu pada mulanya, tapi dengan kuasa Allah, cerita tu sampai jugak pada kau. Bila tahu, mesti la rasa kecik hati kan, rasa nak marah pun ada. Tapi bila jumpa balik dengan member2 yang kutuk kau tu, kau ada nak marah nak cakap pasal diorang kutuk kau haritu? Mestila takde kan, mesti kau akan buat biasa2 je, seolah-olah takde pape pun berlaku. Walhal, Tuhan saje yang tahu. Kira hipokrit la tu. Ye tak?

Ha, lagi satu situasi bila kena hipokrit ni ialah di mana kau tak boleh main lepas cakap je walaupun itu kebenaran yang nyata la. Kawan kau citer ngan kau dia jumpa awek cun giler dan kau yakin memang cun giler ah bila dengar cerita dia tu, tapi bila tunjuk gambar, eh, takde la cun mana, biasa ja. So, kau pun takkan la nak cakap tak cun. Nanti kau cakap tak cun, kang kecik hati lak member tu, yela dia semangat cerita yang awek tu memang cun. Huhu.

Pasal lepas cakap ni aku nak ulas sikit, memang betul jujur tu amat penting itu tak dinafikan tetapi janganlah terlalu jujur sangat, kadang2 ada yang member boleh terima tapi ada gak yang tak boleh terima. Setiap manusia ni dilahirkan berbeza-beza hati dan perasaan. So, ada yang mudah kecil hati dan ada yang hati kering. Jadi cakap tu biarlah berlapik ye tak? Jujur tu boleh, tapi kena pada tempatnya lah.

Kesimpulannya jujur sangat pun tak boleh, hipokrit sangat pun tak boleh. Jadi bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan tu.

Hipokrit gak la ni..haha..


PS: Lidah kadang-kadang lebih tajam dari pisau, sebenarnya orang tak sakit hati pun dengan apa yang kau cakap tu, tapi cara kau menyampaikan tu lah yang buat orang sakit hati, kecik hati atau nama lain sentap.


2 komen:

Sarah Mohd Saleh said...

kejujuran asas sesuatu hubunngan

sakurasue said...

wahhh like2x :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...