Friday, February 10, 2012

Kisah aku di sekolah lelaki

Assalamualaikum...

Sedang aku sibuk membaca muka buku terpandang lak Fesbuk pengetua aku dulu masa aku sekolah kat Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College or EC.

Ayahanda Pengetua

Ape?? English College?? Kena cakap omputih ke masuk sekolah ini. Hahaha. Actually, sama je cam sekolah biasa cuma sekolah ini taraf Premiere la dulu sekarang dah jadi Kluster. Apa perbezaannya aku pun tak tahu. Lama dah sekolah ini ditubuhkan, tahun ni usia sekolah tu pun dah masuk 98 tahun. Tapi kalau nak diikutkan aku bukanlah nama besar di sekolah ni. Masuk je form 4 aku blah dari sekolah ni masuk Teknik sebab EC ni sekolah lelaki sahaja aku nak gak sekolah campur. Haha

Pemandangan di EC

Haa, untuk pengetahuan pembaca sekalian bagi yang tak tahu la, sekolah ni semua lelaki, perempuan ada tapi akak2 Form 6 la dan pelajar2 pendidikan khas. Disebabkan tiada hubungan luar maka segelintir pelajar EC ni, ada yang syok kat akak2 form 6 dan sampai ada yang syok kat cikgu kelas sendiri. Tapi cikgu Bahasa Melayu aku masa Form 1 memang cun. Serius tak tipu. Masa Hari Guru, memang dak2 ni tak miss la nak bagi hadiah kat beliau. Yang paling aku tak tahan, ada je geng2 lembut ni kat sekolah aku, itu pun kena kacau. Haha. Tapi aku tak lah macam tu, aku masih waras. Huhu.

Kat sekolah ni terbahagi dua kumpulan, satu insider satu lagi outsider. Aku outsider la sebab aku tak dok hostel, aku mengulang la hari2 dari rumah ke sekolah. Jauh gak la jarak sekolah aku dari rumah macam dari Bangi nak pergi KL. Aku tak naik bas sekolah, sebab aku rasa lagi jimat kalau aku naik bas awam je. So, aku kena la naik bas pukul 6, memang hari2 la bangun 5.30 tapi kadang2 lambat gak bangun. Tapi kalau aku naik pukul 6 pun lambat gak sampai dengan jalam jam, masa tu jalan tak besar lagi memang satu lorong la nak ke sekolah aku tu. Sampai sekolah je dah 7.20, kadang2 7.30 dah la masuk sekolah pukul 7.15. Nak wat camne jalan jam, tu je la alasan aku bagi kat pengawas kalau aku datang lambat, tapi ada gak pengawas yang tak faham boleh sound aku,

"Kenapa tak keluar awal dari rumah?"

Aku rasa cam nak pelempang je, tapi masa tu agak nerd2 so memang aku tak la nak melawan.
Tapi aku ingat2 balek, aku paling geram dekat pengawas form 6 perempuan India masa tu. Yela, diorang tak sampai setahun kat EC dah jadi pengawas, aku dah 3 tahun pun tak jadi pengawas, pastu marah2 aku sebab datang lambat. Aku pun wat dek je la jalan masuk kelas, pastu jerit2 panggil aku.

Pelajar! Pelajar!

Haha, kelakar giler. Aku lagi senior kot, aku lagi lama kat EC ni. Memang tak la nak melayan.

Lencana EC dan Gambar Temenggung Abu Bakar

Sekolah aku ni gak banyak melahirkan tokoh2 pemimpin contohnya, Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga dan Tan Sri Musa Hitam yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bukan setakat tokoh pemimpin artis pun sekolah sini gak, tak caya tanya Fahrin Ahmad. Dulu dia main ragbi sampai wakil negeri. Lepas ni aku la pulak kot diceritakan kembali oleh junior2...haha..

'EC Must Lead'


P/S: Lepas aku pindah teknik, ada dak2 perempuan tanya aku, kau dulu sekolah EC ke? Muka tak macam dak EC pun...haha..sampai sekarang aku tak dapat jawapan persoalan ini...=_='

~Aku Rasa Aku Tulis~



3 komen:

sakurasue said...

hehee.. gempak tuu sklh EC.he

SHAFIQ SUBAHIR said...

Salam...klaw kau ingat ak dlu classmate masa form 1. shafiq subahir. Tringat blik wktu skolah dlu bila bace blog ko ni

SHAFIQ SUBAHIR said...

Salam..klaw ko ingat ak classmate mase form 1, Shafiq Subahir..bile bace blog ko nie ingat blk waktu skola dlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...