Monday, January 7, 2013

Do you feel the same?

Assalamualaikum...

Hampir genap setahun aku meninggalkan ruang ini untuk berkongsi idea baru mahupun pendapat dari ceruk minda ku yang agak kosong. Macam2 pertanyaan dilemparkan kepada aku kenapa tak update blog, kenapa dah berhenti menulis dan pelbagai lagi bentuk soalan. Aku sebenarnya tak sangka pulak ada yang menanti post2 baru dari aku, sebab aku tak sangka blog aku ni ada orang nak baca. Ayat cliche kan? Tapi realiti dan hakikatnya begitulah. Kalau ayat tu digunakan oleh blogger yang ada beriban follower memang nak kena cepuk la kan.

Bercerita mengenai follower, kebanyakan follower aku terdiri dari rakan2 sekolah, rakan2 matrik dan juga rakan2 di universiti. Tapi ada juga hasil perkenalan di alam maya menerusi blogwalking dan juga facebooking. Tetapi kalau follow sesuatu blog bukan tanda anda akan membaca setiap entry pada blog itu. Tajuk2 entry yang menarik akan diberi perhatian dan jika anda memang seorang blogger yang awesome dan memang semua orang menanti sesuatu entry anda walaupun hanya ada noktah sekalipun pun antara faktor entry anda akan dibaca. Begitu sarkastik ayat yang aku gunakan aku rasa.

Ok, sebenarnya aku nak bercerita benda lain tapi bila dah syok menulis, keluar cerita lain pulak. I think I should stop writing now coz I have an exam this morning at 8.30. Wish me luck. There's a lot more of story that I want to share. Ayat tak boleh tahan, macam famous giler owner blog ni kan. Hahaha.

1 komen:

sakurasue said...

nk exam, sempat lg update blog! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...