Thursday, February 16, 2012

Entry Khas: Mampu ke kau berubah?

Assalamualaikum...

Kali ni entry aku lebih kepada luahan hati sendiri. Hal ini kerana hari ini merupakan hari untuk check result bagi semua pelajar UKM Bangi. Secara jujurnya aku masih belum mengetahui result aku. Sebabnya aku masih tidak punya cukup kekuatan untuk menerima kenyataan akan result aku sem ini.


Sapa yang tak risau wey?


Aku sendiri sedar bagaimana aku belajar untuk sem kali ni, aku rasa resultnya haruslah sama dan setimpal dengan usaha yang aku lakukan. Tapi aku sedar usaha yang aku lakukan memang amat mendukacitakan. Jadi keputusan peperiksaan tu aku dah boleh agak dan cuma aku belum melihatnya je lagi.

Aku bercadang aku ingin melihat result itu sebelum keberangkatan aku pulang ke UKM pada sabtu ini supaya melihat result yang aku jangka teruk tu mampu memberi motivasi kepada aku setibanya di UKM. Tapi adakah cara ini berkesan? Ianya masih menjadi tanda tanya bagi aku. Dan satu lagi yang menjadi persoalan, mampu ke aku untuk berubah menjadi lebih baik? Aku telah banyak kali cuba berubah dan semuanya kecundang di pertengahan jalan. Pengaruh rakan2 kah ajak berdota? atau diri sendiri yang tak ikhlas untuk berubah.

Aku ada kawan, dia pernah bagitahu aku, aku bab2 planning memang hebat, banyak je idea, tapi segala planning tu tak pernah berhasil pun. Tak dinafikan, aku memang banyak punya idea untuk berubah, belajar dan mengurus diri. Aku tahu kita hanya mampu merancang Allah yang menentukannya. Tapi bila aku pandang dari sudut lain, aku menyedari di mana aku sebenarnya kurang cekap dalam mengurus perancangan tu dan akhirnya menjadi projek gajah putih.

Aku rasa aku perlu lakukan sesuatu supaya aku lebih istiqamah dalam perubahan kali ini.Walaupun orang cakap pointer ni tak penting pun sebenarnya, yang penting soft skill, pointer ni nilai tambah. Tapi bagi aku diorang berkata begitu untuk menyedapkan hati masing2 dan sebenarnya teori itu terbalik. Pointer amat penting, soft skill itu nilai tambahnya.

Jadi aku harus menaikkan pointer aku sem depan dengan azam, semangat dan iltizam yang baru bagi mengubah diri aku yang pemalas ni kepada seorang insan yang lebih rajin dan berdaya saing. Ingatlah untuk mendapat keputusan yang luar biasa, usaha kau pun jangan biasa2 sahaja, haruslah luar biasa.

 Jadi Amri, mampu ke kau berubah? Jalankan perancangan jangan sekadar merancang...


"Aku fikir aku rasa"


3 komen:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

all the best amrek. aku tau kau boleh.

kalau ada semangat, benda yang tak mustahil boleh jadi mustahil

:^D

Anonymous said...

gagal merancang merancang kegagalan......

Nina Jasli said...

increase your effort, stay active and reduce your addiction to Dota.
insyaAllah my friend :)

make your parents and her proud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...