Sunday, July 3, 2011

Review : Running Man

Assalamualaikum,



Ok, aku bukan nak cerita pasal lelaki berlari tapi nak cerita pasal satu variety show dari korea iaitu Running Man. Pernah dengar tak? Aku sebenarnya bukanlah peminat dan juga minat dengan mana2 cerita korea mahupun artis korea. Tapi rakan baik aku yang bernama hazmie kasturi telah memperkenalkan aku satu cerita variety show korea yang bertajuk Running Man. Mulanya aku menolak sebab mind set aku ketika itu bila mendengar cerita korea, aku akan blur sekejap dan bertanya balik. Korea? Macam dah tak ada cerita lain nak bagi. Ok, itu pada awalnya la, tapi bila dia tunjuk kat aku satu episod Running Man ni, aku macam seronok lak tengok cerita ni. :D 


Gwang soo, Jong kook, Jae suk, Jih yo, Joong ki, Suk jin, Haha, Gary

Mungkin tak ramai lagi yang tahu macam mana bentuk program ni, program ni mengisahkan kesemua peserta Running Man yang kat atas ni bersama tetamu2 jemputan seperti Nickhun, Yoona, Dae Sung, Hyori dan ramai lagi la sampai aku pun dah kenal hampir semua artis2 korea ni, di mana mereka akan berebut Running Ball bagi mengelak didenda di akhir rancangan. Nampak macam rancangan game show yang biasa kan? Tapi ia sebenarnya sesuatu yang berbeza, tak boleh nak cerita lebih la sebab memang kena tengok sendiri baru faham dan siapa yang menonton akan ada satu perasaan teruja untuk melihat episod seterusnya. :D


Jadi aku akan bagi beberapa sebab kenapa Running Man ni harus ditonton :


1) Suatu variety show yang lain daripada yang lain dan belum pernah ada dalam industri hiburan tempatan. 

2) Semua artis korea yang terlibat dalam produksi Running Man ni amat sporting dan tidak menampakkan langsung jika ada perselisihan faham. Bagi aku diorang ni ada 'SPIRIT OF THE GAME'. (Tak rasa artis tempatan mampu ada semangat ni)

3) Anda menonton seolah-olah anda berada di situ sebagai peserta terutama masa game Hide and Seek

4) Kelakar giler (tak percaya? anda kena tengok)

5) Percayalah anda tidak akan bosan walaupun menonton berulang kali, tak tipu serius, walaupun dah pernah tengok, tengok balik, mesti gelak balik. ;D


Jadi, kalau berminat dan tak berminat tapi ingin tahu anda boleh tonton dan download di sini
Lepas tu,

-Daftar (percuma) 
-Download/stream 
-Pilih episod mana 
-Download semua part (mediafire, megaupload & dll)
-Join pakai Hjsplit
-Done, enjoy


thanks for watching



감사합니다!!!
 

2 komen:

azam said...

ko da donlot sumer kan...
nt ak amek kat ko je la yeh.....

:: kucEng kunEng :: said...

running man daebak~!! seumda~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...