Tuesday, July 19, 2011

Mengapa aku menulis blog?

Assalamualaikum




Pada awalnya, aku bercadang menulis blog ini untuk berkongsi kepada umum akan karya penulisan aku daripada sajak, cerpen mahupun novel. Semasa aku sekolah menengah aku banyak menulis pelbagai penulisan dan aku simpan di dalam dekstop aku, tapi desktop tu dah rosak, so berkuburlah la segala ilham dan semangat aku untuk menulis.

Matlamat aku semasa di bangku sekolah lagi ialah aku ingin novel aku diterbitkan sebelum umur aku mencecah 30. Jadi aku punya lagi 10 tahun untuk merealisasi impian itu. Tapi aku rasa down untuk menulis sebab mengenangkan karya aku masa zaman sekolah tu aku tak dapat nak berkongsi kepada semua orang. Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur.

Jadi aku masih lagi cuba menghasilkan karya yang terbaik, so, kalau ada sesiapa yang perasan, aku ada gak post kat blog ni karya2 aku, tapi boleh dibilang la dengan jari sebab aku kehilangan mood menulis tu. Bila tiada mood, idea tak datang, maka tak dapat memberi input bacaan yang baik. Kesimpulannya? Nak tunggu sampai bila mood tu nak datang?




Ok, sejak2 ni baru aku perasan yang idea2 aku datang bila kepala otak aku tidak berfikir dan bila aku termenung akan sesuatu pandangan. So, disebabkan aku tak nak idea2 ni hilang, aku kenala buat sesuatu kan untuk mencatit idea2 ni di mana2. Jadi aku mencadangkan kepada diri aku untuk sentiasa membawa pen dan buku nota kecil yang boleh simpan di poket agar bila2 masa aku dapat idea, dengan sesegera mungkin aku mencatatnya. Hahahaha.

Tapi aku rasa dah ramai orang buat macam tu, aku je yang baru terfikir idea tu. Apa2 hal pun, nantikan karya aku sebelum hujung bulan ni. Insyaallah akan aku post.
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca.


3 komen:

'Ariff Ansaruddin said...

sama dengan aku

Hazmie said...

lame dah tunggu nie.. hehe

adiba ramli said...

org yg minat membaca dan menulis je layak ada blog :)
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...