Thursday, June 30, 2011

Kerisauan Melanda Diriku

Sejak beberapa hari ni aku jarang dapat menghubungi dia, kadang2 aku mesej pun jarang berbalas. Tapi aku tahu dia bukan sengaja buat begitu, dia pasti sibuk dengan urusan perniagaan dia. Hari tu tak silap aku kelmarin, aku sempat bercakap dan berbalas beberapa mesej menanyakan perihal dia, dia mengadu pada aku yang dia sering sesak nafas tapi dia bilang pada aku usah risau sebab ini perkara biasa. Aku mendengar dia berkata begitu memberikan aku sedikit kelegaan tapi aku tahu kata2 itu hanya sekadar penyedap di hati sahaja agar aku tidak terlalu risau.

Aku pernah juga menyuruh dia untuk bertemu doktor bagi mendapatkan situasi sebenar kesihatan dia, tapi dia enggan dan berkata pada aku, umi kta prkra bese.sy mlas la nk jmp.xpe k0t.jgn rsaw ye. Kalau la aku dan dia berhampiran sudah lama aku membawa dia berjumpa doktor tapi disebabkan jarak aku dan dia yang jauh dan faktor2 halangan yang lain membataskan niat aku. Aku di sini hanya mampu mendoakan kesejahteraan dirinya, semoga dia kembali pulih dan tersenyum seperti hari2 sebelum ini. Hari2 berlalu seperti biasa sehingga petang semalam aku dapat menghubungi dia, mendengar suara dia seperti biasa membuat aku menarik nafas kelegaan. Kerisauan aku terhadap dirinya semakin kurang, dan dia memberitahu aku yang dia sudah semakin baik dan mampu berbual dengan aku di telefon tanpa sebarang masalah. Aku harap perubahan itu berkekalan.

Tetapi pada sebelah malamnya, semasa aku berbalas mesej dengannya, dia memberitahu aku bahawa esok dia ingin ke hospital kerana sudah tidak tahan menahan kesesakan nafas yang melanda dirinya. Setelah itu, dia berkata pada aku Em tahn je la.nk wt cne agy awk. Aku tersentuh bila dia berkata begitu. Harapan aku agar dia kembali sihat dan sentiasa tersenyum selalu seperti hari2 yang lalu. 

Ya Allah, aku bermohon kepada kau agar dia kembali sihat sejahtera seperti sediakala. Dan aku juga berharap semoga dia tidak mengalami apa2 yang serius setelah ke hospital pada pagi ini.


Lagu ini kutujukan khas buat dia...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...