Wednesday, November 9, 2011

kena marah

Assalamualaikum...

Berada di tahun dua kat universiti ni aku ingat dah jadi senior boleh la nak elak2 apa2 program kan, yela, dulu masa 1st year takut kena marah dengan senior2 sebab tak join program, tak aktif la, tak bagi komitmen la. Aku rasa kalau ada anugerah ponteng sifar datang meeting, aku boleh dapat anugerah tu. =.='

Ok, berbalik pada tajuk entry ni, aku nak story pasal aku kena marah dengan senior2.
Erk, dah jadi senior pun kena marah.
Kena marah dengan super senior lebih tepat dan lebih spesifik senior kos aku.

Mulanya macam ni, aku adalah pemudahcara (PC) atau bahasa omputih dia fasililator untuk membantu budak2 1st year yang masuk tahun ni. Tapi tahun ni berbeza dengan tahun2 sebelumnya, orientasi dijalankan selama sebulan dan bukan seminggu. Jadi nak dijadikan cerita, Kelab Perakaunan UKM telah buat hari interaksi untuk budak2 baru yang ambil Perakaunan ( Perakaunan di UKM ditawarkan pada tahun dua sahaja ). Termasuklah aku kan.
So, aku memang malas nak pergi sebenarnya interaksi2 ni sebab:

-aku malas nak terlibat apa2 lagi lepas jadi PC ( aku nak belajar, ;) )
-fakulti aku jauh kena naik bus ( kau bukan ad moto ke? =.=' )
-hari sabtu pulak tu, pastu 8 pagi ( aku nak rehat di hujung minggu, :p )
-hari tu aku nak keluar pergi Melaka, ada kerja kahwin ( Alasan ni boleh diterima :D )

Yela, member aku dari awal sem dah jemput, asal jumpa aku je ingatkan aku, so aku pun macam xsedap kalau tak pergi. Yang pasal interaksi ni pun aku tahu bila dah dekat tarikh dia, memang x la nak pergi. Dan ramai lak tu tak pergi. Napela dorang x pergi?? =.='

Seminggu lepas tu, aku terbaca satu post kat group facebook kos aku, ha ini dia...

ok, aku ada kelas

member aku komen

senior reply khas untuk semua dak tahun dua

Aku komen, aku cakap aku ad kelas, hari khamis boleh la datang


senior komen

senior gak komen

Em, pendapat aku la, kalau dapat pelepasan pun, kuliah tetap berjalan dan aku tertinggal kuliah. Mana lagi penting??

Kepada senior2 yang disayangi, please put urself in others shoes. Peace...:)

3 komen:

yana said...

hahaha camtu kena mrh ke..cian..ya iyalah klas mmg lg pnting..kwn tlon ajar blek dgn lekcer yg ajar mmg laen..

Anonymous said...

kau rasa kau betul lah ni,

Nina Jasli said...

tell me who the hell in this world suka kalau ada orientasi?
penat dari sekolah asyik orientasi,orientasi.
takde benda lain ke?
I'm on your side.

HAHA.baru ade masa nak baca blog2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...