Thursday, April 21, 2011

Kisah dan cerita

Hembusan bayu laut di dinihari memberi ketenangan sambil cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Entah mengapa aku berada di sini aku sendiri tidak mengerti. Apakah yang aku cari? Cinta? Cinta yang bagaimana? Persoalan tersebut masih membelenggu fikiranku. Di manakah jawapannya? Apakah persoalan tersebut tiada jawapan?

Sudah dua hari aku menginap di Thistle Port Dickson Resort ni. Permasalahan yang melanda aku sebelum ni sedikit sebanyak telah diredakan dengan ketenangan suasana di resort ini. Credit to Ika sebab dialah yang mengesyorkan tempat ni. Sudah hampir sebulan aku agak kemurungan sehingga Ika rakan sekerja aku menyuruh aku mengambil cuti supaya aku kembali normal katanya. Lantas dia promote resort ni bila dapat tahu aku ambil MC. Aku mengikut sahajalah.
Cuti aku tinggal sehari lagi dan aku pun dah mulai bosan dengan tempat ni. Aku bercadang nak checked out petang nanti, lepas Asar.

"Cik, saya nak checked out sekarang,"

"Sekejap ye, saya buat semakan,"
"Maaf encik, tapi encik ada satu hari lagi...,"

"Em, suka hati sayalah nak checked out bila pun!,"

Dengan sepantas kilat aku terus keluar dari lobby hotel sambil menyumpah-nyumpah reception tadi yang sibuk bertanya, padahal dia tak bersalah pun, kenapa aku yang emo semacam. Aku sendiri pun kurang mengerti dan malas nak fikir lebih. Terusku menuju ke 'lancer' aku yang nyenyak berteduh di bawah pokok. Masuk, start enjin lalu mengundur. Tiba-tiba baru aku perasan ada kereta hitam ni betul-betul dekat belakang kereta aku.

Teeeeeeeeeennnnn!!

"Woi, ke tepilah! Camne aku nak jalan!,"

Kelam-kabut dibuatnya driver kereta hitam tersebut. Awek yang drive padanlah lembab semacam. Tapi, entah kenapa muka awek tu nampak cemas semacam tapi biarlah bukan masalah aku. Tepat jam 7 malam aku sampai ke apartment aku di Ampang.


.........................................................................................................................



"Is, Ila penatlah layan karenah Is. Macam budak-budak tahu tak."

"Is buat semua ni untuk kita jugak."

"Buat apa Is, buat apa? Selama ni pun Ila dah banyak bagi muka dekat Is. Ila dah penat. Ila tak tahan dah. Lebih baik kita break jer,"

"Ok, kalau itu yang Ila nak, Is ikutkan je," 

Lantas ku tinggalkan Ila, terus memandu tanpa arah tujuan. 
Kelihatan anak-anak kota sibuk melepak sesama mereka di restoran-restoran mamak sambil menonton bola. Jam sudah menunjukkan 1 pagi, aku masih tiada arah tujuan. Berlegar-legar di Pusat Bandar sambil memerhati gelagat warga kota yang sentiasa sibuk walaupun dalam jam lewat begini. Pandangan aku melayang seketika. 

Baaaaaaaaammmmmmm!!!

Nur Nabila Mustafa bakal tunangan aku lagi beberapa minggu, tapi kini aku dan dia sudah memutuskan hubungan. Masing-masing mencari arah tujuan sendiri. Perkenalan selama 3 tahun hilang begitu saja. Sejak peristiwa itu, aku seolah-olah hilang arah, entah apa 'guna-guna' aku dah kena sampai frust menonggeng tahap gaban. Tapi hidup harus diteruskan, buat apa aku perlu mengenang kembali kisah lalu.



......................................................................................................................... 



Dua minggu aku terlantar di hospital akibat kemalangan. Aku dah ibarat jatuh ditimpa tangga. Awek tinggalkan aku lepas tu kemalangan, memang balalah. Tiba-tiba aku teringat kisah petang tadi masa aku nak balik rumah. Kelam kabut dibuatnya bila aku hon dan maki-maki. Apa boleh buat, aku tengah angin masa tu, tapi bila ingat-ingat balik kesian pun ada. Rupa dia iras macam Ila, tapi Ila free hair dia pula bertudung labuh, mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Tapi, kenapa aku rasa itu dia? Jika betul itu dia, dia dah berubah ke? Kenapa?


bersambung...




5 komen:

mIsS n_n said...

waaa..
blh thn kwn ak nih~
hehe..
nnti de smbgnnya,gtau ak taw..
ak pn nk post yg ak nyer la...
tp kat umah..hehe ;p

Anonymous said...

Amri~

Percubaan yang baik untuk kali pertama untuk seorang penulis. Tetapi ekspresi perasaan yang dilalui oleh watak perlu diperbaiki dan diperdalam kerana seorang pembaca mungkin tak dapat menghayatinya sebagaimana yang difikirkan atau dihayati oleh penulis. Kekemasan plot juga perlu dibaiki. Walaubagaimanapun, tindakan untuk mewujudkan misteri melalui watak gadis dan perbandingan yang dibuat kepada tunang is itu ialah percubaan yang baik. Keep up the good work dan aku nantikan sambunganya :)

Ainaa

yuyu mato said...

cepat sambung weyh,,! heee~ nak tau kesudahannyer,,!

Amirul Amri said...

thanx aina...
tgu la nti jap lg kot..

Mr. Fawwaz Syah said...

bai teruskn..aq nk bce lg nie..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...