Thursday, April 21, 2011

Kisah dan cerita

Hembusan bayu laut di dinihari memberi ketenangan sambil cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Entah mengapa aku berada di sini aku sendiri tidak mengerti. Apakah yang aku cari? Cinta? Cinta yang bagaimana? Persoalan tersebut masih membelenggu fikiranku. Di manakah jawapannya? Apakah persoalan tersebut tiada jawapan?

Sudah dua hari aku menginap di Thistle Port Dickson Resort ni. Permasalahan yang melanda aku sebelum ni sedikit sebanyak telah diredakan dengan ketenangan suasana di resort ini. Credit to Ika sebab dialah yang mengesyorkan tempat ni. Sudah hampir sebulan aku agak kemurungan sehingga Ika rakan sekerja aku menyuruh aku mengambil cuti supaya aku kembali normal katanya. Lantas dia promote resort ni bila dapat tahu aku ambil MC. Aku mengikut sahajalah.
Cuti aku tinggal sehari lagi dan aku pun dah mulai bosan dengan tempat ni. Aku bercadang nak checked out petang nanti, lepas Asar.

"Cik, saya nak checked out sekarang,"

"Sekejap ye, saya buat semakan,"
"Maaf encik, tapi encik ada satu hari lagi...,"

"Em, suka hati sayalah nak checked out bila pun!,"

Dengan sepantas kilat aku terus keluar dari lobby hotel sambil menyumpah-nyumpah reception tadi yang sibuk bertanya, padahal dia tak bersalah pun, kenapa aku yang emo semacam. Aku sendiri pun kurang mengerti dan malas nak fikir lebih. Terusku menuju ke 'lancer' aku yang nyenyak berteduh di bawah pokok. Masuk, start enjin lalu mengundur. Tiba-tiba baru aku perasan ada kereta hitam ni betul-betul dekat belakang kereta aku.

Teeeeeeeeeennnnn!!

"Woi, ke tepilah! Camne aku nak jalan!,"

Kelam-kabut dibuatnya driver kereta hitam tersebut. Awek yang drive padanlah lembab semacam. Tapi, entah kenapa muka awek tu nampak cemas semacam tapi biarlah bukan masalah aku. Tepat jam 7 malam aku sampai ke apartment aku di Ampang.


.........................................................................................................................



"Is, Ila penatlah layan karenah Is. Macam budak-budak tahu tak."

"Is buat semua ni untuk kita jugak."

"Buat apa Is, buat apa? Selama ni pun Ila dah banyak bagi muka dekat Is. Ila dah penat. Ila tak tahan dah. Lebih baik kita break jer,"

"Ok, kalau itu yang Ila nak, Is ikutkan je," 

Lantas ku tinggalkan Ila, terus memandu tanpa arah tujuan. 
Kelihatan anak-anak kota sibuk melepak sesama mereka di restoran-restoran mamak sambil menonton bola. Jam sudah menunjukkan 1 pagi, aku masih tiada arah tujuan. Berlegar-legar di Pusat Bandar sambil memerhati gelagat warga kota yang sentiasa sibuk walaupun dalam jam lewat begini. Pandangan aku melayang seketika. 

Baaaaaaaaammmmmmm!!!

Nur Nabila Mustafa bakal tunangan aku lagi beberapa minggu, tapi kini aku dan dia sudah memutuskan hubungan. Masing-masing mencari arah tujuan sendiri. Perkenalan selama 3 tahun hilang begitu saja. Sejak peristiwa itu, aku seolah-olah hilang arah, entah apa 'guna-guna' aku dah kena sampai frust menonggeng tahap gaban. Tapi hidup harus diteruskan, buat apa aku perlu mengenang kembali kisah lalu.



......................................................................................................................... 



Dua minggu aku terlantar di hospital akibat kemalangan. Aku dah ibarat jatuh ditimpa tangga. Awek tinggalkan aku lepas tu kemalangan, memang balalah. Tiba-tiba aku teringat kisah petang tadi masa aku nak balik rumah. Kelam kabut dibuatnya bila aku hon dan maki-maki. Apa boleh buat, aku tengah angin masa tu, tapi bila ingat-ingat balik kesian pun ada. Rupa dia iras macam Ila, tapi Ila free hair dia pula bertudung labuh, mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Tapi, kenapa aku rasa itu dia? Jika betul itu dia, dia dah berubah ke? Kenapa?


bersambung...




Monday, April 18, 2011

Aku Manusia Biasa

Aku ni bukanlah Ustaz tapi sesama manusia lain sebagai khalifah Allah di muka bumi ni. Bila kita berbicara tentang fitnah, lihat benda ni seolah-olah perkara biasa bagi remaja terutama pelajar-pelajar universiti. Tapi mungkin salah aku jugak kot, aku xpandai nak menegur orang. Cara atau medium yang aku gunakan untuk menegur tu salah. Ok fine, xpa2...bak kata orang utara la. 

Beberapa jam lepas tu........

Setelah aku menganalisis kronologi 'teguran' aku tu, aku rasa ada sesuatu yang xkena sebab aku point kat sorang mamat je. Sebab ramai kan, jadi general la 'teguran' aku tu...so, aku fikir siapa makan cili terasa la pedasnya...Kalau aku diantara ramai2 tu kalau aku di pihak yang benar xsemenanya aku nak melatah...Masalahnya orang lain yang melatah..aku xtaw la pulak 'teguran' aku tu orang lain yang terasa sebab aku sendiri x expect dia yang salah, jadi kalau dia dah melatah Apo nak Di kato lah...tepuk dada tanya sendiri la jawabnya.

Berbalik kepada fitnah yang aku sebut tadi, aku dikatakan kononnya aku telah memfitnah orang ramai. Tak mengapa, aku redha diperkatakan sedemikian. Kerna aku percaya aku berada di pihak benar. Jadi nasihat aku, jika tidak benar aku memfitnah orang lain maka dia secara telah memfitnah aku mengeluarkan fitnah.
Aku hanya manusia biasa, aku bukan alim ulama maka tiadalah hadis2 atau ayat2 Al-Quran untuk menguatkan kata2 aku, tapi selagi aku di pihak benar aku tidak perlu khuatir.



Karya : A.D.

Cerpen spontan yang dikarang pada subuh hari,  
Cerita ini tidak ada kene mengena dengan individu di luar sana samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...=) 

P/S: Sangat terok bahse, toksah mmpi la mu nak jd penulis...

Saturday, April 16, 2011

Status atau Wall Post di Facebook

Salah faham selalu melanda bila kita buat status utk point kat seseorang, tapi orang yang kita point x terase pun...orang yang kita x expect utk terase, terase...KAN SUSAH..sekarang dah susah untuk menjelaskan keadaan yang sebetulnya..ini semua gara2 kurangnya peka akan keadaan semasa dan sekeliling...

Dah terhantuk baru nak tergadah, betol ke? xpe, yang penting maksud yang ingin disampaikan...hahaha..
tapi yang menyerabutkan kepala otak aku sekarang ni, member sendiri yang terase...apa harus aku buat ni??


Sunday, April 10, 2011

Entah

Apa yang dicari?

Apa yang harus dicari?

Apa yang sepatutnya dicari?

Apa yang sebenarnya patut dicari?

Apa ni?

Apa yang harus kau buat?

Apa yang sepatutnya kau buat?

Apa lagi?

Tidak cukupkah lagi?

Kemewahan kesenangan?

Mengapa kau begini?

Mengapa kau begitu?

Tolonglah jawab!!!

Kembalilah ke landasan...

Tetapkan matlamat sebenar...

Bukan sekadar bercakap tanpa fakta kelak akan ditertawa orang...

Keseronokan ini hanya sementara...

Ingatlah...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian...

Anda tahu, syukran jazillan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...