Saturday, February 9, 2013

The Barber of my hometown

Assalamualaikum...

Area kawasan rumah aku kat Taman Universiti ni memang full la dengan dak2 UTM Skudai. Aku ni jenis malas nak panjangkan cerita kalau berbual dengan orang yang aku tak kenal, kiranya aku ni bukannya ramah sangat. Nak jadikan cerita, petang tadi aku keluar nak pergi potong rambut. Sampai je kedai gunting yang selalu aku pergi ramai orang, aku malas nak tunggu sebab dah nak maghrib. Then, pusing2 satu taman u jumpa la satu kedai ni yang tak ramai orang. Sebab aku jenis malas nak tunggu, so try la kedai ni.

Tukang gunting rambut aku ni cuba untuk beramah mesra dengan pelanggan dia iaitu aku walhal aku takde mood nak borak2 pun sebenarnya, dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Walaupun aku macam nak tak nak layan dengan muka takde perasaan aku ni, dia tetap tanya soalan, dan soalan yang paling famous dan biasa aku dengar setiap kali gunting rambut ialah...

"U, student ea?,"

"A'ah,"

"student UTM ke?,"

"ha, a'ah,"

"tak cuti ke?,"

"tengah cuti la ni,"

"oo, rumah kat mana,"

"taman u,"

"wah, dekat la UTM,"

"ha..(sambil angguk),"


Itu antara beberapa perbualan aku dengan tukang gunting tu, lepas je habis gunting aku pun terus ambil spec aku dengan beg dan ready la nak bayar. Pastu dia cakap, sebab aku student, adalah student price untuk aku. Then, dia mintak student card...
Masa tu aku pun tak tahu nak tunjuk ke tak sebab tadi aku main iyakan je cakap yang aku ni student UTM. Aku pun tak tahu apa aku fikir, aku pun tunjuk student card aku. Aku dahlah student UKM, terang2 tulis kat kad matrik aku tu. Lepas bayar, aku pun chow sambil tidak melihat muka tukang gunting itu dengan perasaan yang bercampur baur.

Moral of the story: Jangan gunting rambut time senja..

3 komen:

puan del said...

bijak la... hahahha

Sakura Sue said...

moral of the story, tak baik menipu la amm! tehee ^^

Akmalina The Great said...

Ini makannya! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...