Friday, July 26, 2013

Review Movie : The Wolverine 2013

Assalamualaikum...

Rasanya memang dah berkurun lamanya aku tak update blog ni. Ok, straight to the point la mengenai movie yang baru keluar ni. Aku tengok dekat The Mines dan tak expect nak tengok cerita ni sebab aku tahu cerita 1st day keluar ni memang full house selalu. Tapi nak dijadikan cerita aku nampak warna hijau pada skrin tv yang bagitahu masa dan waktu tayangan untuk cerita Wolverine ni. Kalau warna hijau maksudnya ada kosong lagi la tu, aku tanpa membuang masa terus membeli tiket dan mendapati ada 3 row akhir yang kosong. TGV punya seat agak mendatar dalam kebanyakan cawangan yang aku pergi so tak ada masalah untuk aku duduk di row 3 terakhir.


Adamantium

Untuk pengetahuan, The Wolverine kali ini adalah kesinambungan X-men : The Last Stand. Ianya memaparkan kehidupan Logan selepas peristiwa di mana dia membunuh buah hati dia Jean Grey bagi menyelamatkan dunia ketika itu. Seperti semua peminat X-men tahu, Wolverine mempunyai kuasa penyembuhan diri walaupun cedera teruk sekali pun. Hal itu telah menyebabkan dia masih muda hingga ke abad ini walaupun telah hidup berpuluh-puluh tahun disebabkan kuasa penyembuhan itu. Dan berdasarkan pemahaman aku, isu dia dan plot utama untuk cerita ni ialah kuasa penyembuhan Wolverine.

Latar belakang The Wolverine ni banyak dibuat di Jepun dan salah satu scene paling best ialah pergaduhan atas bullet train. Seperti semua sedia maklum bullet train ni memang laju yang amat. Ok, beralih ke plot, Wolverine ni kena bom atom sekali pun masih boleh heal balik. Sebab tu orang Jepun ni jeles dan nak ambil kuasa Wolverine ni dan dia cuba psycho Wolverine dengan menawarkan Wolverine untuk menikmati kehidupan seperti orang biasa.

Sebelum tu, Logan ni pernah tolong askar jepun nama Yishida masa letupan bom atom di Nagasaki masa zaman perang dulu. Sekarang Yishida ni sakit tenat dan dia nak sangat jumpa Logan sebelum mati sebab nak ucap terima kasih sebab selamatkan dia dulu masa kena letupan bom atom. Plot asalnya macam tu, tapi ada sedikit twist di pertengahan dan di 3/4 movie. Kalau nak cerita semua memang tak best la, jadi kena tengok sendiri ok?

Dalam cerita ni gak kita boleh lihat Wolverine yang dulunya kebal dengan segala macam serangan seperti tembakan pistol dan bom atom kini terpaksa menahan sakit buat pertama kali kerana kuasa penyembuhannya hilang oleh Mutant bernama Viper. Eh, macam hero dota pulak. Ok, tiada kena mengena.

Dan satu lagi scene penting nak bagitahu ialah kuku besi Wolverine patah kat dua2 tangan. Macam mana Wolverine nak lawan kalau tak ada kuku kan. So, kena tengok la di panggung2 berdekatan atau download sahaja di mana2 dan pastikan HD. Sebab tak syok la kalau aku citer semua kan?

Ninja Warrior


Nasihat aku semasa tengok The Wolverine ni mohon tengok sampai habis sampai keluar credits, kalau tak tahu credits sila google. Sebab ada cameo appearance Magneto dan Proffessor X. Walhal Prof X dah mati kan masa X-men Last Stanf? Macam ada sekuel je lagi X-men ni. Tak sabar nak tunggu X-men : Days of Future Past 2014. Ok untuk pengetahuan, X-men : Days of Future Past ni events selepas X-men First Class tak silap dan ia sebelum X-men : The Last Stand. Overall aku kasi 3.5 bintang dari 5 bintang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...