Wednesday, January 9, 2013

Johor Darul Takzim

Assalamualaikum...

Al kisah pada malam tadi berlangsungnya perlawanan liga super yang pertama dan perlawanan yang menjadi tumpuan pastinya adalah team johor atau nama dia darul takzim lawan pahang. Ramai yang konpius dengan nama team johor ni sama ada darul takzim fc atau johor darul takzim tapi kat astro arena tulis JDT kat view score tu dan aku pun turut sama pun konpius. Tapi yang pasti team johor la.

Main bagus dah, defend je kena up sikit lagi

Untuk pengetahuan semua darul takzim fc ni dah bawak masuk star2 malaysia dan pemain2 import yang hebat antaranya Mat Yo, Safee Sali, aidil zafuan dengan zaquan, safiq rahim, guiza, del nero dan macam2 lagi la. Expectations by fans and viewers also quite high la dengan team johor ni. Fans2 team lain pun mengharap jugak tapi mengharap team johor kalah la. Kalau tengok EPL semua mesti mengharap MU kalah kalau bukan fans MU la. Aku fans Liverpool ye harap maklum, just nak ambil contoh je. MU diakui satu team yang kuat dan semua harap MU akan kalah dan bila kalah memang kena bahan la kaw2. Aku sebagai haters haruslah membahan tapi tak lah keterlaluan sebab bila kena kat Liverpool balik memang sakit, so rilek2 je. Hehe. Ha, cuba tengok ni. Memang sakit. Huhu

Teruk kena troll

Jadi apa yang aku cuba sampaikan adalah kes MU dengan Darul Takzim FC ni quite the same la, dua2 team dipenuhi star2 dan agak kuat dalam liga masing2. Aku tetap optimis yang Darul Takzim akan menang dan terus menang sebab kalah satu game bukanlah kalah selamanya. Haha. Ala, kalah tipis je pun 3-2. Tunggu lawan Perak pasni dan pastinya perlawanan dengan Kelantan minggu depan yang wajib ditonton sebab sek2 ni yang paling kuat dan kaw2 membahan team darul takzim. So, better watch out. Harimau Selatan bakal mengganas di perlawanan seterusnya.

Luaskan Kuasamu...

Monday, January 7, 2013

Do you feel the same?

Assalamualaikum...

Hampir genap setahun aku meninggalkan ruang ini untuk berkongsi idea baru mahupun pendapat dari ceruk minda ku yang agak kosong. Macam2 pertanyaan dilemparkan kepada aku kenapa tak update blog, kenapa dah berhenti menulis dan pelbagai lagi bentuk soalan. Aku sebenarnya tak sangka pulak ada yang menanti post2 baru dari aku, sebab aku tak sangka blog aku ni ada orang nak baca. Ayat cliche kan? Tapi realiti dan hakikatnya begitulah. Kalau ayat tu digunakan oleh blogger yang ada beriban follower memang nak kena cepuk la kan.

Bercerita mengenai follower, kebanyakan follower aku terdiri dari rakan2 sekolah, rakan2 matrik dan juga rakan2 di universiti. Tapi ada juga hasil perkenalan di alam maya menerusi blogwalking dan juga facebooking. Tetapi kalau follow sesuatu blog bukan tanda anda akan membaca setiap entry pada blog itu. Tajuk2 entry yang menarik akan diberi perhatian dan jika anda memang seorang blogger yang awesome dan memang semua orang menanti sesuatu entry anda walaupun hanya ada noktah sekalipun pun antara faktor entry anda akan dibaca. Begitu sarkastik ayat yang aku gunakan aku rasa.

Ok, sebenarnya aku nak bercerita benda lain tapi bila dah syok menulis, keluar cerita lain pulak. I think I should stop writing now coz I have an exam this morning at 8.30. Wish me luck. There's a lot more of story that I want to share. Ayat tak boleh tahan, macam famous giler owner blog ni kan. Hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...