Friday, February 17, 2012

Cuci Upin & Ipin The Musical

Assalamualaikum...


Jom tengok...:D

Cuci the Musical kembali lagi ke Istana Budaya buat kali yang ketiga sejak tahun 2009. Tetapi kali ini dikenali dengan Cuci the Musical Last Kopek. Apa yang best sangat dengan cerita ni? Dari segi jalan cerita atau pun pelakon yang menjayakan teater ini? Bagi aku, baik pelakon mahupun jalan cerita, kedua-duanya sangat menarik berdasarkan apa yang aku tengok versi filem la. Aku secara jujurnya belum tengok lagi teater ni sebenarnya dan teringin gak nak tengok. Tiga kali datang ke Istana Budaya buat pementasan, pasti teater ni ada tarikan yang tersendiri. Bila ada permintaan mestilah ada penawaran kan? Mungkin sebab itu teater ni datang lagi buat pementasan kat Istana Budaya.


Sekitar Cuci the Musical 2


Selain Cuci the Musical, satu lagi teater yang aku nak promote ialah teater Upin & Ipin The Musical. Ok, selama ni layan cerita upin ipin ini dalam bentuk animasi. Cuba bayangkan cerita upin ipin ni dijadikan pementasan teater. Mesti menarik kan? Nah, ni dia poster Upin & Ipin The Musical


Betul betul betul

Aku sendiri tertanya gak, macam mana diorang nak cari pelakon nak melakonkan watak upin ipin ini. Yela, nak mencari kanak2 kembar kepala botak ni mesti satu kerja yang rumit. Tapi persoalan aku terjawab bila aku melihat gambar ni...


Tu dia Upin Ipin versi manusia...

Mana la pengarah teater ni jumpa dak2 ni ye, ke aku yang  tak tahu memang wujud upin dan ipin ni di dunia realiti? Ha, itu yang kita tak tahu ye. Aku rasa sangat berbaloi kalau nak tengok kedua-dua cerita ni sebab bila lagi kan nak ada, cuci the musical ni pun dah last kopek. So, jom datang Istana Budaya pada...

Cuci the Musical Last Kopek : 23 Februari - 11 Mac 2012
Upin & Ipin The Musical        : 14 April - 6 Mei 2012

Kalau nak beli tiket, klik sini


"Aku rasa aku tulis"






Thursday, February 16, 2012

Entry Khas: Mampu ke kau berubah?

Assalamualaikum...

Kali ni entry aku lebih kepada luahan hati sendiri. Hal ini kerana hari ini merupakan hari untuk check result bagi semua pelajar UKM Bangi. Secara jujurnya aku masih belum mengetahui result aku. Sebabnya aku masih tidak punya cukup kekuatan untuk menerima kenyataan akan result aku sem ini.


Sapa yang tak risau wey?


Aku sendiri sedar bagaimana aku belajar untuk sem kali ni, aku rasa resultnya haruslah sama dan setimpal dengan usaha yang aku lakukan. Tapi aku sedar usaha yang aku lakukan memang amat mendukacitakan. Jadi keputusan peperiksaan tu aku dah boleh agak dan cuma aku belum melihatnya je lagi.

Aku bercadang aku ingin melihat result itu sebelum keberangkatan aku pulang ke UKM pada sabtu ini supaya melihat result yang aku jangka teruk tu mampu memberi motivasi kepada aku setibanya di UKM. Tapi adakah cara ini berkesan? Ianya masih menjadi tanda tanya bagi aku. Dan satu lagi yang menjadi persoalan, mampu ke aku untuk berubah menjadi lebih baik? Aku telah banyak kali cuba berubah dan semuanya kecundang di pertengahan jalan. Pengaruh rakan2 kah ajak berdota? atau diri sendiri yang tak ikhlas untuk berubah.

Aku ada kawan, dia pernah bagitahu aku, aku bab2 planning memang hebat, banyak je idea, tapi segala planning tu tak pernah berhasil pun. Tak dinafikan, aku memang banyak punya idea untuk berubah, belajar dan mengurus diri. Aku tahu kita hanya mampu merancang Allah yang menentukannya. Tapi bila aku pandang dari sudut lain, aku menyedari di mana aku sebenarnya kurang cekap dalam mengurus perancangan tu dan akhirnya menjadi projek gajah putih.

Aku rasa aku perlu lakukan sesuatu supaya aku lebih istiqamah dalam perubahan kali ini.Walaupun orang cakap pointer ni tak penting pun sebenarnya, yang penting soft skill, pointer ni nilai tambah. Tapi bagi aku diorang berkata begitu untuk menyedapkan hati masing2 dan sebenarnya teori itu terbalik. Pointer amat penting, soft skill itu nilai tambahnya.

Jadi aku harus menaikkan pointer aku sem depan dengan azam, semangat dan iltizam yang baru bagi mengubah diri aku yang pemalas ni kepada seorang insan yang lebih rajin dan berdaya saing. Ingatlah untuk mendapat keputusan yang luar biasa, usaha kau pun jangan biasa2 sahaja, haruslah luar biasa.

 Jadi Amri, mampu ke kau berubah? Jalankan perancangan jangan sekadar merancang...


"Aku fikir aku rasa"


Saturday, February 11, 2012

Pergi KFC kena pukul tak??

Assalamualaikum...

Aku rasa cerita ni dah lapuk, tapi aku nak tulis gak dan selalu kebanyakan penulis blog yang lain akan kata

"aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa"

tapi aku tulis sebab,

"Aku rasa aku tulis, aku tulis aku fikir, aku fikir aku rasa, rasa itu fikir aku"


One of KFC Restaurant in Malaysia

Kalau tiada angin yang bertiup masakan pohon boleh bergoyang, peribahasa ini tepat menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di KFC I-City pada masa itu. Kalau aku sebagai pelanggan datang KFC, ramai giler orang pastu tiba2 ayam habis, nak tunggu ayam masak memang lama, baik aku blah je makan kat tempat lain, kalau nak sangat KFC keluar je la dari I-City tu, banyak lagi KFC lain ada sekitar Shah Alam. Ini tidak siap main isu perkauman, macam sengaja je nak cari pasal (berdasarkan dari cerita saksi kejadian la). Kalau marah2 biasa takde la pekerja KFC tu sampai nak terajang segala bagai.

Kesimpulannya, dua2 salah, gagal mengawal emosi dan perasaan tanpa berfikir panjang menjadi punca insiden ini berlaku.

Cuba tengok video ni, kan elok je tu...



We are One Malaysian, Say No to Racism...

"Aku Tulis Aku Fikir"

Friday, February 10, 2012

Kisah aku di sekolah lelaki

Assalamualaikum...

Sedang aku sibuk membaca muka buku terpandang lak Fesbuk pengetua aku dulu masa aku sekolah kat Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College or EC.

Ayahanda Pengetua

Ape?? English College?? Kena cakap omputih ke masuk sekolah ini. Hahaha. Actually, sama je cam sekolah biasa cuma sekolah ini taraf Premiere la dulu sekarang dah jadi Kluster. Apa perbezaannya aku pun tak tahu. Lama dah sekolah ini ditubuhkan, tahun ni usia sekolah tu pun dah masuk 98 tahun. Tapi kalau nak diikutkan aku bukanlah nama besar di sekolah ni. Masuk je form 4 aku blah dari sekolah ni masuk Teknik sebab EC ni sekolah lelaki sahaja aku nak gak sekolah campur. Haha

Pemandangan di EC

Haa, untuk pengetahuan pembaca sekalian bagi yang tak tahu la, sekolah ni semua lelaki, perempuan ada tapi akak2 Form 6 la dan pelajar2 pendidikan khas. Disebabkan tiada hubungan luar maka segelintir pelajar EC ni, ada yang syok kat akak2 form 6 dan sampai ada yang syok kat cikgu kelas sendiri. Tapi cikgu Bahasa Melayu aku masa Form 1 memang cun. Serius tak tipu. Masa Hari Guru, memang dak2 ni tak miss la nak bagi hadiah kat beliau. Yang paling aku tak tahan, ada je geng2 lembut ni kat sekolah aku, itu pun kena kacau. Haha. Tapi aku tak lah macam tu, aku masih waras. Huhu.

Kat sekolah ni terbahagi dua kumpulan, satu insider satu lagi outsider. Aku outsider la sebab aku tak dok hostel, aku mengulang la hari2 dari rumah ke sekolah. Jauh gak la jarak sekolah aku dari rumah macam dari Bangi nak pergi KL. Aku tak naik bas sekolah, sebab aku rasa lagi jimat kalau aku naik bas awam je. So, aku kena la naik bas pukul 6, memang hari2 la bangun 5.30 tapi kadang2 lambat gak bangun. Tapi kalau aku naik pukul 6 pun lambat gak sampai dengan jalam jam, masa tu jalan tak besar lagi memang satu lorong la nak ke sekolah aku tu. Sampai sekolah je dah 7.20, kadang2 7.30 dah la masuk sekolah pukul 7.15. Nak wat camne jalan jam, tu je la alasan aku bagi kat pengawas kalau aku datang lambat, tapi ada gak pengawas yang tak faham boleh sound aku,

"Kenapa tak keluar awal dari rumah?"

Aku rasa cam nak pelempang je, tapi masa tu agak nerd2 so memang aku tak la nak melawan.
Tapi aku ingat2 balek, aku paling geram dekat pengawas form 6 perempuan India masa tu. Yela, diorang tak sampai setahun kat EC dah jadi pengawas, aku dah 3 tahun pun tak jadi pengawas, pastu marah2 aku sebab datang lambat. Aku pun wat dek je la jalan masuk kelas, pastu jerit2 panggil aku.

Pelajar! Pelajar!

Haha, kelakar giler. Aku lagi senior kot, aku lagi lama kat EC ni. Memang tak la nak melayan.

Lencana EC dan Gambar Temenggung Abu Bakar

Sekolah aku ni gak banyak melahirkan tokoh2 pemimpin contohnya, Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga dan Tan Sri Musa Hitam yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bukan setakat tokoh pemimpin artis pun sekolah sini gak, tak caya tanya Fahrin Ahmad. Dulu dia main ragbi sampai wakil negeri. Lepas ni aku la pulak kot diceritakan kembali oleh junior2...haha..

'EC Must Lead'


P/S: Lepas aku pindah teknik, ada dak2 perempuan tanya aku, kau dulu sekolah EC ke? Muka tak macam dak EC pun...haha..sampai sekarang aku tak dapat jawapan persoalan ini...=_='

~Aku Rasa Aku Tulis~



Hipokritnya Kau!

Assalamualaikum...



Hipokritnya kau?
Bila berbicara tentang hipokrit ini, semua orang salah anggap. Kenapa?
Sebab hipokrit ni macam tak jujur, bukan macam tapi memang pun.
Tapi aku rasa la kan, hipokrit ni perlu pada masa atau keadaan2 tertentu.
Contoh:

Member2 kau kutuk kau kat belakang. Walaupun kau tak tahu pada mulanya, tapi dengan kuasa Allah, cerita tu sampai jugak pada kau. Bila tahu, mesti la rasa kecik hati kan, rasa nak marah pun ada. Tapi bila jumpa balik dengan member2 yang kutuk kau tu, kau ada nak marah nak cakap pasal diorang kutuk kau haritu? Mestila takde kan, mesti kau akan buat biasa2 je, seolah-olah takde pape pun berlaku. Walhal, Tuhan saje yang tahu. Kira hipokrit la tu. Ye tak?

Ha, lagi satu situasi bila kena hipokrit ni ialah di mana kau tak boleh main lepas cakap je walaupun itu kebenaran yang nyata la. Kawan kau citer ngan kau dia jumpa awek cun giler dan kau yakin memang cun giler ah bila dengar cerita dia tu, tapi bila tunjuk gambar, eh, takde la cun mana, biasa ja. So, kau pun takkan la nak cakap tak cun. Nanti kau cakap tak cun, kang kecik hati lak member tu, yela dia semangat cerita yang awek tu memang cun. Huhu.

Pasal lepas cakap ni aku nak ulas sikit, memang betul jujur tu amat penting itu tak dinafikan tetapi janganlah terlalu jujur sangat, kadang2 ada yang member boleh terima tapi ada gak yang tak boleh terima. Setiap manusia ni dilahirkan berbeza-beza hati dan perasaan. So, ada yang mudah kecil hati dan ada yang hati kering. Jadi cakap tu biarlah berlapik ye tak? Jujur tu boleh, tapi kena pada tempatnya lah.

Kesimpulannya jujur sangat pun tak boleh, hipokrit sangat pun tak boleh. Jadi bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan tu.

Hipokrit gak la ni..haha..


PS: Lidah kadang-kadang lebih tajam dari pisau, sebenarnya orang tak sakit hati pun dengan apa yang kau cakap tu, tapi cara kau menyampaikan tu lah yang buat orang sakit hati, kecik hati atau nama lain sentap.


Thursday, February 9, 2012

Aku Kembali

Assalamualaikum...



Aku mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan entry-entry yang terbaru.
Kenapa?
Sebab aku nak tulis something yang extraordinary, so aku kena banyak berfikir untuk pastikan entry aku berkualiti. Tapi, entry2 sebelum ni berkualiti ke? Haha
Cakap je la malas nak update entry. Huh, kan senang. Betul tak?
Actually, banyak je idea aku nak tulis.
Tapi biasa aku tulis di Fesbuk saja, itu pun sekadar statement dan aku tak kupas pun.
Yela, sapa nak baca status Fesbuk panjang berjela kan.



Justeru, aku akan cuba merajinkan diri menghupdate blog aku yang bersawang berhabuk ni hari2 mulai dengan entry ni.
Berbulan gak aku biarkan. Ada ke orang nak baca ni?? Risau gak aku...haha..
Nantikan next entry. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...