Thursday, November 10, 2011

Nak tahu cara tentukan kiblat guna google earth??

Assalamualaikum...


bila la dapat aku ke sana?

Ok, hari ni aku akan kongsi satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian iaitu kiblat.
Semua orang pasti tahu kiblat kita ialah Kaabah.
Jadi tanpa tahu arah kiblat, macam mana kita nak solat kan? so, entry kali ni khas untuk sesiapa yang ragu2 akan kiblat di bilik, hostel mahupun rumah.
Tapi orang cakap guna kompas pun boleh.
Boleh, tiada masalah selagi tahu bagaimana nak guna, jadi apa yang aku nak bagitahu hari ini ialah cara menentukan kiblat menggunakan google earth.
#bukan google maps dan bukan jua google translate...hehe..

Pada mulanya aku ditegur oleh jiran searas dengan aku tentang arah kiblat di bilik aku, sebab masa tu dia datang menziarahi, dia cakap arah kiblat dia dengan bilik aku lain dari bilik dia sebab roomate dia ada ukur kiblat. Dia cakap degree kiblat bilik aku tak sama dengan bilik dia sebab kita setempat je.
So, bagi mengelakkan rasa was2.
Nak ukur pakai kompas, tak pandai baca.
Aku pun google la mencari solusi.
dan aku jumpa video ini.................
 



Video ni sangat berguna dan aku sendiri nak ucap terima kasih la kat empunya video ni. Mudah-mudahan perkongsian ini membantu kita dalam melaksanakan amal ibadah.
Selamat mencuba!!

Sumber video: kak lily

Wednesday, November 9, 2011

kena marah

Assalamualaikum...

Berada di tahun dua kat universiti ni aku ingat dah jadi senior boleh la nak elak2 apa2 program kan, yela, dulu masa 1st year takut kena marah dengan senior2 sebab tak join program, tak aktif la, tak bagi komitmen la. Aku rasa kalau ada anugerah ponteng sifar datang meeting, aku boleh dapat anugerah tu. =.='

Ok, berbalik pada tajuk entry ni, aku nak story pasal aku kena marah dengan senior2.
Erk, dah jadi senior pun kena marah.
Kena marah dengan super senior lebih tepat dan lebih spesifik senior kos aku.

Mulanya macam ni, aku adalah pemudahcara (PC) atau bahasa omputih dia fasililator untuk membantu budak2 1st year yang masuk tahun ni. Tapi tahun ni berbeza dengan tahun2 sebelumnya, orientasi dijalankan selama sebulan dan bukan seminggu. Jadi nak dijadikan cerita, Kelab Perakaunan UKM telah buat hari interaksi untuk budak2 baru yang ambil Perakaunan ( Perakaunan di UKM ditawarkan pada tahun dua sahaja ). Termasuklah aku kan.
So, aku memang malas nak pergi sebenarnya interaksi2 ni sebab:

-aku malas nak terlibat apa2 lagi lepas jadi PC ( aku nak belajar, ;) )
-fakulti aku jauh kena naik bus ( kau bukan ad moto ke? =.=' )
-hari sabtu pulak tu, pastu 8 pagi ( aku nak rehat di hujung minggu, :p )
-hari tu aku nak keluar pergi Melaka, ada kerja kahwin ( Alasan ni boleh diterima :D )

Yela, member aku dari awal sem dah jemput, asal jumpa aku je ingatkan aku, so aku pun macam xsedap kalau tak pergi. Yang pasal interaksi ni pun aku tahu bila dah dekat tarikh dia, memang x la nak pergi. Dan ramai lak tu tak pergi. Napela dorang x pergi?? =.='

Seminggu lepas tu, aku terbaca satu post kat group facebook kos aku, ha ini dia...

ok, aku ada kelas

member aku komen

senior reply khas untuk semua dak tahun dua

Aku komen, aku cakap aku ad kelas, hari khamis boleh la datang


senior komen

senior gak komen

Em, pendapat aku la, kalau dapat pelepasan pun, kuliah tetap berjalan dan aku tertinggal kuliah. Mana lagi penting??

Kepada senior2 yang disayangi, please put urself in others shoes. Peace...:)

Tuesday, November 8, 2011

bajet aku, masalah dan penyelesaian

Assalamualaikum

our budget are reveal shortly...


Ok, lama tak update blog. Aku busy segala bagai dengan aktiviti kolej, meeting, assignment dengan mid sem lagi 4 paper ni. Disebabkan aku di rumah, maka potensi untuk study adalah kurang dan aku mempunyai masa untuk mengupdate entry ni. :D

So, berbalik kepada tajuk entry ni, ye betol, aku memang ada masalah. Masalah apa? Bukan cinta, bukan study tapi kewangan. =.='

Orang selalu cakap kat aku, kau ni nama je student accounting tapi urus kewangan pun xreti. Bukan xreti la bro, memang duit tu x cukup. :p

Apa kejadah PTPTN lepas tolak bersih hutang pelajar tinggal RM1800++ je. Tapi, heaven giler duit masuk, pastu duit keluar macam air. :D 
Tup tap tup tap, baki anda : RM10.80

Ok, sekarang baru masuk bulan November, sem aku habes akhir bulan Januari tahun depan, duit masuk bulan Februari bila sem bukak.
So, penyelesaian untuk sem ni punya masalah adalah dengan menggunakan duit yang Mak ngan Ayah aku bank in seminggu RM50, tapi kadang2 dua minggu RM50. =.='
#Nak buat macam mana, kau yang boros amri.
Pandai2 lah saving sampai akhir sem. #erk, ini bukan penyelesaian...

kosong...:(


TAPI....................
Aku dah ada financial planner untuk sem dua. Yeah!

1 Semester: 4 bulan ( 120 hari )
Duit masuk nanti : RM1800 ( selepas tolak yuran segala bagai )
Baucar untuk buku: RM200 ( PM kata nak bagi dalam bajet 2012, kalau sembang xtahu la )

So, aku bajet satu hari makan RM5 X 120 hari = RM600 ( Bajet makan )
Minyak motor: RM15 sebulan X 4 bulan = RM60 ( Boleh ke? Em, cuba dulu )
Belanja belajar: RM400 ( Termasuk alat tulis, buku2, print nota dan assignment )
Hutang: RM100 ( Anggaran kasar sebab xdapat nilai sebenar lagi ) =.='
Topup: RM10 seminggu X 4 minggu X 4 bulan = RM160 ( Ini selalu beyond limit )
Aktiviti kolej yg suka guna duit : RM100 ( ok la tu )
Duit kecemasan: RM100 ( Banyak sangat lak ni )

Keseluruhan belanja : RM600 + RM60 + RM400 + RM100 + RM 160 + RM100 + RM100 = RM1520

Duit Masuk : RM1800 + RM200 = RM2000
So, aku bole enjoy lagi : RM2000 - RM1520 = RM480 ( boleh tahan la banyak) :D

Aku kalau bab2 plan ni memang handal tapi nak melaksanakan ni je payah sikit. So, sama2 lah doakan aku berjaya dalam Bajet aku ni. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...