Monday, August 22, 2011

Misteri bilik ICU

 Assalamualaikum

gambar hiasan

Cerita ni berdasarkan cerita rakan yang bekerja di sana. Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan Kak Leha, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Kak Leha adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, Kak Leha akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….


ni kot katilnya

kredit to uptomu

Sunday, August 14, 2011

KAD RAYA untuk BLOGGER dari BLOG SEDAR

Assalamualaikum

kacak bergaya

Kali ni aku join segmen blog member sekolah aku sebab dia kata nak bagi kad raya kepada semua yang join segmen dia ni. Lama tak dapat kad raya ni, last dapat pun zaman matrik. So, sesiapa nak kad raya dari abg hensem ni boleh la klik sini atau klik je pic beliau untuk join. Nanti dalam entry tu boleh la cerita pasal baju raya tahun ni warna apa dan apa2 la berkaitan raya. Aku punya warna tema raya tahun ni, tak tahu lagi. Rasa-rasanya hitam kot?

Abg ni suruh gak tag 4 orang rakan dalam entry ni, tapi aku tak tahu macam mana nak buat. Aku tahu tag kat facebook je. Haha. Harap terimalah penyertaan ni.      





Saturday, August 6, 2011

Segmen Vlogger

Assalamualaikum

matlutfi
Kenal gambar ni? Siapa tak kenal matlutfi, No 1 Malaysian Vloggers Most Subscribers. Video sempena hari ibu pada tahun lepas telah membuat aku berminat untuk mengusha video2 lain yang di buat beliau. Video2 matlutfi ni memang lawak tambah lak dengan loghat utara dia memang amat menarik la. Semua perempuan memang terpikat la dengan kecomelan beliau semasa bervlogger ni. Aku just suka video dia je ok.

cweet cangat

Dalam video terbaru matlutfi ni, dia telah mengpromote kepada semua penonton video dia, untuk buat video response seterusnya menghantar link kepada dia untuk dia mengcompilekan kesemua video response untuk dijadikan satu video yang akan di upload pada 31 Ogos 2011 yang juga Hari Kebangsaan dan juga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Nak tahu lebih lanjut, klik sini

Ni video latest beliau:


Made in Malaysian...=)

Friday, August 5, 2011

Err, pakcik tak nak tumpangkan saya ke?

Khamis 4 Ogos 2011



Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi, kendengaran azan subuh berkumandang di masjid berhampiran. Tanpa melengahkan masa aku dengan semangatnya berjalan kaki ke masjid tersebut. Untuk sampai ke masjid tersebut, ada laluan singkat atau orang panggil shortcut untuk ke sana. So, aku memang menggunakan laluan itu. Untuk dijadikan cerita, laluan itu memang tak berlampu, dan bila malam amat gelap, bila siang, amat cerah. Di situ juga terdapat kawasan pembinaan sekolah agama yang terbengkalai sejak aku masih darjah enam lagi. Kawasan itu berpasir dan berbatu dan agak sunyi, dan boleh juga kedengaran tapak kaki sesiapa yang melaluinya.

Sedang aku berjalan di laluan itu, aku terdengar bunyi

Krikk, krikk, krikk, krikk

Lalu aku toleh ke belakang dan tiada apa2 yang terlihat kecuali gelap gelita di pagi hari. Bunyi tersebut makin dekat dan makin lama makin hampir, lantas aku memandang ke sebelah, kelihatan sebuah motor yang tidak berlampu melintasi aku.  Kelihatan motor itu ditunggang pak cik tua berserban yang juga ingin ke masjid.

Padahal dalam hati...toksah cakap la..Hahaha...


Jumaat 5 Ogos 2011

Seperti semalam juga selepas sahur, aku berjalan kaki untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Disebabkan malas nak lalu jalan jauh, ikut jela shortcut yang gelap tu. Berbekalkan iman dan kekuatan yang ada, aku melalui laluan itu. Sedang berjalan hampir separuh perjalanan, kendengaran bunyi seperti semalam

Krikk, krikk, krikk, krikk

Aku pun toleh ke belakang, kelihatan pak cik tua semalam tapi lampu motornya sudah menyala, jadi aku dapatlah melihat kelibatnya, maklumlah aku ni walaupun bermata empat, kadang2 xnampak juga seperti semalam bila dah gelap gelita. So, aku beranggapan pakcik tu nampak aku la, sebab kami menuju destinasi yang sama, dan perjalanan pun masih agak jauh. Aku sambil berjalan mengharap akan pakcik tu berhenti kat sebelah aku untuk tumpangkan aku, yela, semalam mungkin xnampak sebab xde lampu motor beliau. Aku dengan over confident nya memperlahankan langkahan kaki aku dengan seribu harapan agar ditumpangkan. Malang sekali, pakcik itu menonong dengan motornya tanpa melihat kiri kanan. Dan aku menjadi blurr seketika dan terasa nak jerit kat situ...

PAK CIK!! TAK NAK TUMPANGKAN SAYA KE???

Jerit dalam hati la...



Apa yang dapat disimpulkan di sini janganlah kita terlalu mengharap pemberian orang, dan lebih baik untuk kita sendiri yang memberi apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Selamat berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...