Friday, July 29, 2011

Apa komen penyokong singapura pula?

Assalamualaikum


aksi menarik semalam


Selepas perlawanan antara skuad negara menentang Singapura semalam yang berkesudahan seri 1-1 dan terus melayakkan Singapura ke peringkat seterusnya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4, mesti banyakkan komen2 dan luahan rasa dari penyokong negara kita. Tapi cuba kita dengar lak apa komen warga singapura berkenaan komen yang dikeluarkan penyokong negara kita. Nah, cuba baca ni...
SILA KLIK UNTUK LEBIH JELAS






























Kesimpulannya? Tiada manusia yang sempurna dan kita haruslah menerima kritikan2 tersebut dengan hati yang terbuka. So, anda fikirlah sendiri la ye.

Tuesday, July 26, 2011

Nenek Aku Pun Tak Percaya

Assalamualaikum

nenek pun gelak korang percaye

Apa yang aku nak story dalam entry kali ni ialah pasal event2 kat Facebook. Korang pernah kena invite tak apa2 event? Mesti pernah kan. Ada tak orang yang invite korang event2 macam The first 500,000 participants will get an iPhone 4 for free? Korang percaya tak?


budak sekolah bole la tipu

Atau pun korang dah hilang kewarasan sebab fikiran dah melayang memikirkan akan dapat iPhone 4 percuma? Aku tergelak tengok ramai dak2 universiti bole percaye benda2 ni. Dah masuk universiti kot, takkan tak dapat beza mana tipu mana tidak, budak2 pun ada yang x percaya tau. Ramai dah x waras, ni ha contohnya...


kasihan

Sebenarnya dah banyak event2 mengarut kat Facebook ni, aku cuma menyenaraikan antara2 nya lah. Walhal diorang guna photoshop je pastu letak kat kasut, cap, hood, mug dan macam2 la. Itu pun ada yang percaya boleh dapat barang jenama facebook tu percuma. So, korang boleh tengok ni.


padahal photoshop je

sape nk bg benda free?

Natijahnya, aku rasa disebabkan sikap matearilistik sesetengah individu itu yang menjadi punca mereka2 ni terpedaya dengan benda menipu ni sebab terlalu nak nampak bergaya dengan iPhone 4 sehingga hilang kewarasan akal dengan menyertai event menipu ni. Apa2 pn aku harap pembaca yg sudi baca ni tak lah tergolong dalam orang2 yg percaya benda2 menipu ni. Kalau ye, anda fikirlah sendiri yang mana betul ok. Thanks.

Memang tak ada lelaki seperti aku

Assalamualaikum

alif satar

Memang tak ada lelaki seperti aku, tapi yang lebih baik, banyak, hahaha
Ayat ini diambil dari lirik lagu Alif Satar yang terbaru iaitu Lelaki Seperti Aku.
Aku bukanlah die hard fans mamat ni, tapi dengar lagu2 dye agak kelakar la contoh macam lagu Jangan Nakal.

Oh oh please please please, kamu jangan nakal.

Serius kelakar dengar lagu ni, tapi lagu baru dia ni Lelaki Seperti Aku entah macam mana sedap lak didengar oleh telinga aku ni. Aku cari kat Youtube, 4shared, Google, x jumpa lak, amat menghampakan aku ye. Mungkin sebab cara dia menyanyikan atau membaca lirik lagu ni yang lain dari yang lain aku rasa. Yela, intonasi dan cara sebutan lirik2 lagu ni memang menarik telinga la untuk dengar. Kalau x percaya, boleh je nak dengar kat Hot Fm ke atau mana2 stesen radio lain, tapi Klasik Nasional konfem xde la, tunggu 40 tahun lagi.


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak


Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak


Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak


Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu


Sampai part ni jela aku minat dengar, lepas tu cam kelakar lak. :)


lelaki seperti aku

Friday, July 22, 2011

Aku dipolitikkan?

Assalamualaikum

Aku rasa terkilan sebentar tadi dengan sikap tak professional oleh  individu2 berpengaruh di universiti aku. Em, mungkin la berpengaruh sebab baru menang election. Mungkin benda ni agak remeh tapi sebenarnya ia suatu tamparan bagi aku sebab aku di pihak yang satu lagi, mungkin tajuk post ni boleh menceritakan segala-galanya. Ya benar, aku hanya pelajar biasa di universiti dan tidak mempunyai apa2 autoriti dan pengaruh untuk menyalurkan apa2 maklumat kepada pelajar2 baru yang bakal mendaftar kelak. Tapi bila ada pelajar baru bertanya kepada aku, aku akan cuba menjawab dan membantu mereka sebab aku antara Pemudahcara semasa orientasi akan berlangsung nanti. Waima orientasi tersebut belum bermula sekalipun, bagi aku tanggungjawab itu dah bermula sejak perlantikan lagi.

Aku bukan nak poyo2 ke apa ke nak tunjuk aku ni hebat ke dan apa2 la, aku cuma jalankan tanggungjawab aku, biaq p la orang lain nak cakap apa pun.

Ini contoh bila aku add somebody ke dalam group, so aku komen kat situ, then terjadi seperti gambar di bawah. 


Cerita dia macam ni, member aku masuk u tmpt aku belajar, dia tanya xde ke apa2 page ke group ke kat FB ni untuk dia tanya apa2 pasal kemasukan dia ke u nanti. So, aku pun share la kat dia macam2 page berkaitan u, add dia ke dalam group fakulti dan segala bagai. So, aq komen la something lepad aq add kat satu group tu, aku tulis : nk tye pape tye la org2 kat sini, sume org kat sini baek2
Then, saling reply-mengreply la, dan bila aku online balik dalam pukul 4 lebih tadi, ada notify pasal komen aku semalam, tapi ini yg terjadi...

open group kan? aku bukan komen menghina apa2...
aku komen baik2 kot...zzzzz...post pun delete sekali pe? motif?

Aku mula fikir baik, internet problem , ok fine, tapi setelah aq log in, log out, refresh, tukar browser lain. Tapi memang kompem r kena delete. Ok fine. Mungkin admin dia delete sbb aku pye post tu cm mengganggu trafik kat group tu, TAPI, aku tengok balik kat group tu berlambak je orang yg post mcm aq, add member, tapi bila aku check balik siapa yg add, oh ok, kroni2 diorang yg menang election hari tu da. So, apa yang aku faham di sini, disebabkan aku di pihak satu lagi, aku diperlakukan sebegini.
Memang benda remeh, tapi sakit hati pun ada gak. Hang dok pkiaq la sendiri...

Moral of the story: Buat baik berpada-pada, kelak dipijak orang




Tuesday, July 19, 2011

Mengapa aku menulis blog?

Assalamualaikum




Pada awalnya, aku bercadang menulis blog ini untuk berkongsi kepada umum akan karya penulisan aku daripada sajak, cerpen mahupun novel. Semasa aku sekolah menengah aku banyak menulis pelbagai penulisan dan aku simpan di dalam dekstop aku, tapi desktop tu dah rosak, so berkuburlah la segala ilham dan semangat aku untuk menulis.

Matlamat aku semasa di bangku sekolah lagi ialah aku ingin novel aku diterbitkan sebelum umur aku mencecah 30. Jadi aku punya lagi 10 tahun untuk merealisasi impian itu. Tapi aku rasa down untuk menulis sebab mengenangkan karya aku masa zaman sekolah tu aku tak dapat nak berkongsi kepada semua orang. Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur.

Jadi aku masih lagi cuba menghasilkan karya yang terbaik, so, kalau ada sesiapa yang perasan, aku ada gak post kat blog ni karya2 aku, tapi boleh dibilang la dengan jari sebab aku kehilangan mood menulis tu. Bila tiada mood, idea tak datang, maka tak dapat memberi input bacaan yang baik. Kesimpulannya? Nak tunggu sampai bila mood tu nak datang?




Ok, sejak2 ni baru aku perasan yang idea2 aku datang bila kepala otak aku tidak berfikir dan bila aku termenung akan sesuatu pandangan. So, disebabkan aku tak nak idea2 ni hilang, aku kenala buat sesuatu kan untuk mencatit idea2 ni di mana2. Jadi aku mencadangkan kepada diri aku untuk sentiasa membawa pen dan buku nota kecil yang boleh simpan di poket agar bila2 masa aku dapat idea, dengan sesegera mungkin aku mencatatnya. Hahahaha.

Tapi aku rasa dah ramai orang buat macam tu, aku je yang baru terfikir idea tu. Apa2 hal pun, nantikan karya aku sebelum hujung bulan ni. Insyaallah akan aku post.
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca.


Saturday, July 16, 2011

Masihkah kau ingat?

Assalamualaikum



Dulu masa sekolah masih ingat tak yang kita semua diberi kemudahan menggunakan buku teks secara pinjaman dan percuma. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) kan? Siapa yang beri?

Teringat dulu masa aku kat sekolah rendah, ada Rancangan Makanan Tersusun ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). Siapa yang beri?

Dulu masa sekolah gak bagi pelajar di mana ibu bapanya yang gaji bawah RM1300* akan diberi biasiswa setiap tahun. Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) kan? Siapa yang beri?

Lepas zaman sekolah, dapat masuk matrik. Masa kat matrik dulu semua pelajar dapat elaun sebanyak RM1250 kan? Siapa yang beri?

Kelulusan cemerlang dapat masuk IPTA. Lepas tu dapat biasiswa JPA lak. Tak dapat biasiswa pun masih diberi pinjaman iaitu PTPTN. Siapa yang beri?

La ni, pelajar sekolah sekarang akan diberi satu notebook 1 Malaysia percuma tetapi secara berperingkat. Adik aku baru je dapat. Siapa yang beri?




Masihkah kau ingat,
Masihkah kau ingat...

Wednesday, July 6, 2011

Geuyeoja

I just love that girl
I love her wholeheartedly
I follow her around like a shadow everyday
That girl is laughing and crying

Just how much more do I have to gaze at you alone
This love that came like the wind, this beggar like love
If i continue this way, will you love me?

Just come a little nearer
One step closer but flee with two legs
I am who love you next to you now

That girl who comes
That girl is cautious
That's why you have to learn to smile
What she can't tell her best friends
Her hearts full of tears

That's why, that girl
When she loved you the same way
Yet another fool, yet another fool
Can't you hug me before you go?

I want to receive love
Everyday in my heart, just in my heart
I shout and that girl's next to me again
That girl's not me
Its not that she knows
She doesn't know cause she's a fool



secret garden

Sunday, July 3, 2011

Review : Running Man

Assalamualaikum,



Ok, aku bukan nak cerita pasal lelaki berlari tapi nak cerita pasal satu variety show dari korea iaitu Running Man. Pernah dengar tak? Aku sebenarnya bukanlah peminat dan juga minat dengan mana2 cerita korea mahupun artis korea. Tapi rakan baik aku yang bernama hazmie kasturi telah memperkenalkan aku satu cerita variety show korea yang bertajuk Running Man. Mulanya aku menolak sebab mind set aku ketika itu bila mendengar cerita korea, aku akan blur sekejap dan bertanya balik. Korea? Macam dah tak ada cerita lain nak bagi. Ok, itu pada awalnya la, tapi bila dia tunjuk kat aku satu episod Running Man ni, aku macam seronok lak tengok cerita ni. :D 


Gwang soo, Jong kook, Jae suk, Jih yo, Joong ki, Suk jin, Haha, Gary

Mungkin tak ramai lagi yang tahu macam mana bentuk program ni, program ni mengisahkan kesemua peserta Running Man yang kat atas ni bersama tetamu2 jemputan seperti Nickhun, Yoona, Dae Sung, Hyori dan ramai lagi la sampai aku pun dah kenal hampir semua artis2 korea ni, di mana mereka akan berebut Running Ball bagi mengelak didenda di akhir rancangan. Nampak macam rancangan game show yang biasa kan? Tapi ia sebenarnya sesuatu yang berbeza, tak boleh nak cerita lebih la sebab memang kena tengok sendiri baru faham dan siapa yang menonton akan ada satu perasaan teruja untuk melihat episod seterusnya. :D


Jadi aku akan bagi beberapa sebab kenapa Running Man ni harus ditonton :


1) Suatu variety show yang lain daripada yang lain dan belum pernah ada dalam industri hiburan tempatan. 

2) Semua artis korea yang terlibat dalam produksi Running Man ni amat sporting dan tidak menampakkan langsung jika ada perselisihan faham. Bagi aku diorang ni ada 'SPIRIT OF THE GAME'. (Tak rasa artis tempatan mampu ada semangat ni)

3) Anda menonton seolah-olah anda berada di situ sebagai peserta terutama masa game Hide and Seek

4) Kelakar giler (tak percaya? anda kena tengok)

5) Percayalah anda tidak akan bosan walaupun menonton berulang kali, tak tipu serius, walaupun dah pernah tengok, tengok balik, mesti gelak balik. ;D


Jadi, kalau berminat dan tak berminat tapi ingin tahu anda boleh tonton dan download di sini
Lepas tu,

-Daftar (percuma) 
-Download/stream 
-Pilih episod mana 
-Download semua part (mediafire, megaupload & dll)
-Join pakai Hjsplit
-Done, enjoy


thanks for watching



감사합니다!!!
 

Saturday, July 2, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Klik Banner Utk Join

Assalamualaikum...
Dah selalu sangat aku tengok blogger2 lain join apa2 contest atau segmen, tapi aq sekadar melihat dan menjadi silent reader. Jadi setelah melihat beberapa kali, hati aku teringin untuk turut serta. Akhirnya aku pun join satu contest dari abg ben. Tiadalah niat aku untuk menang, hanya sekadar suka2 dan cari pengalaman. :)
So, syarat2 nye semua aku dah buat. Dia kata apa yang ditulis di sini bakal dijadikan soalan oleh dia nanti.
Rasanya apa soalan yang boleh dijadikan pada entry aku ni? =.='

Konklusinya, bak kata ayat MLM aku dah join anda bila lagi? 
siapa nak join klik banner atas ok. Tak pun klik sini.
  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...