Thursday, June 30, 2011

Kerisauan Melanda Diriku

Sejak beberapa hari ni aku jarang dapat menghubungi dia, kadang2 aku mesej pun jarang berbalas. Tapi aku tahu dia bukan sengaja buat begitu, dia pasti sibuk dengan urusan perniagaan dia. Hari tu tak silap aku kelmarin, aku sempat bercakap dan berbalas beberapa mesej menanyakan perihal dia, dia mengadu pada aku yang dia sering sesak nafas tapi dia bilang pada aku usah risau sebab ini perkara biasa. Aku mendengar dia berkata begitu memberikan aku sedikit kelegaan tapi aku tahu kata2 itu hanya sekadar penyedap di hati sahaja agar aku tidak terlalu risau.

Aku pernah juga menyuruh dia untuk bertemu doktor bagi mendapatkan situasi sebenar kesihatan dia, tapi dia enggan dan berkata pada aku, umi kta prkra bese.sy mlas la nk jmp.xpe k0t.jgn rsaw ye. Kalau la aku dan dia berhampiran sudah lama aku membawa dia berjumpa doktor tapi disebabkan jarak aku dan dia yang jauh dan faktor2 halangan yang lain membataskan niat aku. Aku di sini hanya mampu mendoakan kesejahteraan dirinya, semoga dia kembali pulih dan tersenyum seperti hari2 sebelum ini. Hari2 berlalu seperti biasa sehingga petang semalam aku dapat menghubungi dia, mendengar suara dia seperti biasa membuat aku menarik nafas kelegaan. Kerisauan aku terhadap dirinya semakin kurang, dan dia memberitahu aku yang dia sudah semakin baik dan mampu berbual dengan aku di telefon tanpa sebarang masalah. Aku harap perubahan itu berkekalan.

Tetapi pada sebelah malamnya, semasa aku berbalas mesej dengannya, dia memberitahu aku bahawa esok dia ingin ke hospital kerana sudah tidak tahan menahan kesesakan nafas yang melanda dirinya. Setelah itu, dia berkata pada aku Em tahn je la.nk wt cne agy awk. Aku tersentuh bila dia berkata begitu. Harapan aku agar dia kembali sihat dan sentiasa tersenyum selalu seperti hari2 yang lalu. 

Ya Allah, aku bermohon kepada kau agar dia kembali sihat sejahtera seperti sediakala. Dan aku juga berharap semoga dia tidak mengalami apa2 yang serius setelah ke hospital pada pagi ini.


Lagu ini kutujukan khas buat dia...






Thursday, June 23, 2011

Review - Dalam Mihrab Cinta

 


Assalamualaikum, hari ini  aku nak story pasal movie yang aku baru tengok. Tajuk dia "Dalam Mihrab Cinta". Rupanya movie yang aku tengok ni merupakan adaptasi novel "Dalam Mihrab Cinta" karya penulis novel terkenal Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Siapa x kenal kan dia ni, dia ni lah jugak penulis novel "Ayat-Ayat Cinta" dengan "Ketika Cinta Bertasbih". Dua-dua novel ni pun buat filem, tapi yang bestnyer kali ni, dia sendiri yang arah filem ni. Pelakon-pelakon dia pun memang best la terutamanya heroin muka suci2 belaka sejuk je mata memandang, memang ada la ciri-ciri wanita solehah. Kalau xcaya meh tengok gambar ni

Silvie

Zizi

Meyda Sefira

Bagi lelaki, tergugat x iman? Dah lah aku punya iman ni senipis kulit bawang, memang x berkelip mata la melihat keindahan ciptaan Tuhan ni. Disebabkan cerita ni diadaptasi dari novel maka banyak la part2 yang di skip, walaupun aku x pernah baca novel ni, tapi aku dapat perasan la. Tak caya, cuba try tengok. Asyik sembang pasal heroin, hero x citer pulak. Rupanya hero filem ini ialah Dude Harlio yang pernah berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih 2 tapi watak sampingan je di mana dia dalam filem itu dia melakonkan watak orang yang hendak meminang adik kepada Khairul Azzam dalam cerita itu iaitu Meyda Sefira yang juga berlakon dalam filem Dalam Mihrab Cinta sebagai Zizi.


Add caption

Secara keseluruhannya, x rugi la kalau luangkan masa untuk menonton filem ni. Cerita dia memang menyentuh perasaan, aku pun bergenang air mata bila tengok citer ni. Tapi perasaan aku bila lepas tengok citer ni sama macam perasaan aku lepas tengok citer Ketika Cinta Bertasbih. Perasaan ingin MENIKAH. 
Kenapa ye? 


Sunday, June 12, 2011

Juz poke, so what?


1st page


2nd page


Walaupun ada 52 poke, aku hanya menanti satu poke yang aku tertunggu-tunggu tapi tak pernah muncul. Sebab dia nak simpan poke aku supaya tiap kali dia buka FB, nama aku sentiasa ada dan dia akan teringat kat aku...:-)



p/s: cam childish la plak buat post pasal ni...hmm..lack of idea lah..

Tuesday, June 7, 2011

Wallpaper & Katering

Bila berbicara tentang wallpaper semua akan terbayang mesti wallpaper kat henset, tapi sebenarnya aku nak cerita tentang wallpaper yg tampal kat dinding tu. Dulu zaman sekolah dulu mase sekolah rendah aku ingat lagi mesti ade kerja atau homework yg cikgu suruh tampal kat buku latihan, tu yang dulu mase zaman2 tu buku latihan mesti tebal2 sampai akhir tahun. Terasa sayu lak teringat zaman kanak2 dulu, sekarang tinggal memori je. So, sekarang aku dah melalut sampai zaman sekolah, aku nak cerita hari tu aku g tampal wallpaper dengan member aku, dengar tampal wallpaper mcm senang mulanya tapi bila sendiri buat, memang kena ade sifat kesabaran yang tinggi bila nk buat, yela bila dh tampal xrata bukak balik, salah potong, terkoyak dah lain cerite, aku pun dah naik fed up buat bende ni, start pukul 10 pagi sampai ke malam baru siap 5 roll je. Aku xcukup kesabaran pasang wallpaper ni...=,=

ni ha contoh wallpaper yg aku tampal 2


Kalau cerita pasal katering, aku masa short sem ni ad buat part time katering, bole la tahan income untuk cover perbelanjaan seminggu, takkan nak harap FAMA je...Segan la aku nak mintak kat diorang, aku rasa dah tiba masa aku cuba belajar beli kari. Masa aku kerja katering ni aku rase lagi mudah la dari pasang wallpaper sebab aku cuma perlu angkat2 barang, serve lauk, kutip pinggan kotor, tukar lauk. Nampak cam susah tapi bagi aku la bende ni xmemerlukan kesabaran yang tinggi so senang la bagi aku. Aku ni kurang sabar orangnye...
Kerja katering ni aku kerja ngan orang Indonesia la rakan sekerja,diorang full time aq je part time ngn member2 aku. Kerja ngn diorang ni sampai aku pun dah bole cakap bahsa Indon ngn dorang...hahahaha..Tapi perkataan yg pling bes aku dengar ade sorang wak ni suka cakap "MAKAN DULUK". Betul2 pior Jawa bunyiknye...

ni salah satu majlis kahwin yg aku p kerja


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...