Thursday, March 31, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam di ucap pembuka bicara,


baiklah hari ni aku nak story sikit pasal movie yang baru aku tengok last week walaupun kelihatan agak kelewatan untuk review movie ni sebab xde mse nak update blog...huhu..






BEGINI, 


aku x nak komen la pasal plot dan jalan cerita dia sebab itu pengarah punya apa orang panggil tu, garapan ea? ye kot..x kisahla...


aku punya expectation tinggi untuk movie ni, yela trailer dia memang best giler la tengok tapi itulah trailer selalunya tunjuk part2 yang best je...
macam ni lah aku story part yang aku rase perlu di story lah...=)


1.  Ha, masa part serangan Geruda di mana Puteri Cina kena culik tu. Ade part lawan2 antara tentera Geruda dengan Merong. Aku tengok pelakon utama berlakon beriya berlawan dengan musuh TAPI pelakon yang jadi askar berlawan macam nak x nak je. Pung Pang Pung Pang jatuh. Lawak giler...hahaha..aku xbole terima part tu...

2. Aku suka masa part dialog antara Kamawas dengan Puteri Cina. Best giler dengar ayat2 kiasan tu perlian pun ada. Masa ni lah si Kamawas ni cuba nak rogol Puteri Cina tu. Ade banyak ayat dia, tapi yang sempat aku ingat kalau betul la...
- mengintai dibawah tudung saji
- bila empangan sudah pecah manakan bisa tertahan airnya


3. Satu lagi aku nak cerita masa part perang2 gak, askar diorang keding2 belaka...pastu tetiba ada askar yang berisi dua orang berpelukan merelakan diri diserang...haha..lawak gila..pastu masa dayang puteri cina tu buat2 mati takut kene bunuh..haha..
aku gelak bukan sebab apa yang diorang buat tu lawak tapi kelakar kenapa ada unsur2 lawak slapstik dan cliche walhal aku expect cerita ni cerita sejarah mestilah serius, boleh ada lawak, tapi lawak tu aku xbole terima...AKU je xbole terima..xtaw la korang kan...SORRY...

 

Itu je la yang aku nak cerita, nak cakap lebih2 kang kene ban lak...huhu..sampai kat sini sajalah aku tulis..ada masa bole la aku kongsi2 lagi...sekian..=)

Thursday, March 10, 2011

The Faceblog

Salam...
The Faceblog..pernah dengar tak..?
apa yang aku tahu la, faceblog ni macam facebook gak tapi utk komuniti blogger2 la...tak salah rasanya aku nak perkenalkan faceblog ni kat korang kan, almaklumlah aku ni baru lagi dalam dunia blogging ni, harap dengan bantuan komuniti faceblog ni dapatlah meng'improve' aku punya ilmu dalam blogging2 ni...
Sekian....
 
Ha, ni bole bace r..........
 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Tuesday, March 8, 2011

Dia

Semakin hari semakin ku rindu
meniti masa untuk bertemu
membuat aku sering tak menentu
kaulah gadisku...

Kau datang bagai cahaya
sedang aku tertanya-tanya
siapakah dirinya
adakah belum berpunya..?

Mimpi tak selalunya indah
hati juga bisa berubah
membuat mata akan berbasah
andai kita berbalah

Ku harap hatimu jua sepertiku
walaupun ada sedikit ragu
aku percaya dirimu
akan ku tunggu
kerna ku tahu
kau tercipta untukku...


------------------------------------------------------------------------------------
Salam,
Amri Dellan...

Wednesday, March 2, 2011

Kiasan & Perlian..??

Assalamualaikum kepada semua,
hari ini aku nak berkongsi pendapat tentang maksud kiasan dan perlian. Seperti yang kita semua sedia maklum, perlian dan kiasan merupakan dua jenis perkataan yang berbeza baik dari segi huruf mahupun maksudnya.

Melalui pembacaan serta sedikit ilmu yang aku ada, kiasan ini sebenarnya merupakan satu kumpulan ayat yang mempunyai maksud tertentu khusus kepada sesuatu budaya. Kiasan ini terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan.

Manakala perlian pula ialah, ucapan yang dikeluarkan untuk mengejek atau untuk menyindir individu mahupun masyarakat.

TAPI............................

BUKAN aku nak bercerita tentang maksud perlian ke kiasan ke, aku cuma nak kongsi cerita................
Ada seorang pemimpin ni, cakap beliau HENDAK berkias-kias TAPI sebenarnya TIDAK, hanya PERLIAN, PERLIAN & PERLIAN...daripada perli, lebih baik cakap direct..tak payah la nak perli orang tu orang ni...ingat orang lain suka ke, orang lain pun ada perasaan...sifat TERASA itu adalah NORMAL...ROBOT je yang tak terasa...Jadi, perbaikilah diri...Anda belum layak untuk menjadi PEMIMPIN..

RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN..............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...