Friday, November 12, 2010

Ape aku dah buat!!

Aku x patut setuju dengan permintaan itu
Aku terlalu ikut kata hati
Aku baru sedar
Aku x patut menghulurkan tangan itu
Aku terlalu ikut kata hati
Aku baru tersedar selepas membaca ape yg tertulis di pena mu
Aku sepatutnya bimbing kau
Aku ikut kata hati lagi
Aku lemah

Pasti kau kecewa denganku
Maafkan aku

Aku x nafikan perasaan itu
Memang sudah lame aku pendam
Aku x ingin kau tahu
Aku nak kau fahaminya
Jika benar kau untukku
Aku ingin kenali org tuamu

Tapi itu hanya imaginasi aku terhadap kau
Apakah kau jua berimaginasi seperti aku?

Aku buntu sekarang ini
Memikirkan apa yg kau pkir terhadap aku
Aku keliru
Apakah persepsi kau trhadap aku
Aku takot hadapi kenyataan jika lain kebenarannya
Aku ingin tahu isi hatimu yg sebenarnye kerna itu jwpn kpd persoalan2 aku
agar aku x terus dibelenggu rasa begini....

Thursday, November 11, 2010

After exam

syamim, sayed, zaimi
Habis jer exam, aku, sayed, syamim dan zaimi terus menuju ke mines seperti yang dirancang pada malam sebelum exam..huhu...belum exam tapi dah rancang nak enjoy. Exam macam mane? Jangan cerite la kat sini, memang hancuss!!
pemandangan semasa menaiki bot ke mines

masuk terowong...

sayed nak nyanyi?
Aktiviti pertama kitorang adalah karaoke!! Memang all out lah suara...yela, release tension la katekan setelah penat otak berfikir mase jwb exam tadi...padahal keluar awal..huhu..
rockers kita

mase untuk makan
Sebelum makan, kitorang p tengok wayang citer kartun...ape ekk?? sammy? gitulah kot tajuk dye...disebabkan citer tu bosan + aku yg xtido kononnya study = tido kat panggung...
Sedar2 citer dah abes, pastu kitorang p makan kat pizza hut...4 large 4 orang..ade bran???
mkn pn blum lg, bil dh sampai...

piza pertama

piza kedua

piza ketiga

piza keempat

kesudahannya.....
Sebelum makan cakap besar boleh abes 8 slices sowg, tapi aq bole makan 6 slices jer...xlarat dah wey..sayed ngn zaimi jer mampu...syamim pun same cam aq gk..last2, bungkus bawak balek...haha
cam kat oversea gitu...

mcm kmpln new boyz pn de gk...

mmg kat oversea lah...

4 org 7 tiket
akhirnya kitorang pun nak berangkat balek lebih kurang kul 7 gitula...tapi yang bestnyer mase nak balek 2 ade insiden klakar la lak..huhu...
gini, aq bratur mse bli tiket blakang zaimi...lpas zaimi beli, aq pun trus beli la utk aq ngn sayed...tp rupe2 nyer zaimi ni dh beli utk 4 owg...dh ader 6 tiket skrg...pastu, sayed g tndas...kitorang lak p smayang asar lupe lak nk cakap kat si sayed ni...lepas jer smayang, tgk sayed tgah tggu ktm, dye ingat kitorang tinggalkan dye, dye pn beli satu lagi tiket...hahahaha..jd lah 7 tiket kesemuanyer...sengal ke x??

Friday, November 5, 2010

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH

Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.



Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.



Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.



Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.



Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.



Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya



Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.



Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.



Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”



Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.



Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.



Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.



Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.



Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.



Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”



Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.



Apakah sesudah itu puteriku?



Renungkanlah!

p/s : copy paste saje, tapi untuk renungan bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...